BM | EN | 中文

KERAJAAN MANSUH SYARAT AP 54 KATEGORI BARANGAN

anthony.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 16 DIS: Kerajaan bersetuju menghapuskan syarat lesen import (AP) bagi 54 kategori barangan yang sebelum ini diperlukan untuk proses transhipment bagi barangan yang bukan untuk pasaran tempatan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, majoriti daripada kategori barangan tersebut berbentuk komoditi.

Katanya, perkembangan itu akan menjadikan pelabuhan di negara ini lebih kompetitif.

Advertisement

Gimik majlis yang berlangsung bersempena Majlis Pencapaian Bersejarah Pengendalian 1 Juta Kontena di Pelabuhan Johor

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia mempunyai senarai sebanyak 74 kategori barangan yang memerlukan syarat AP untuk proses transhipment di negara ini.

“Beberapa bulan lalu, kabinet secara prinsip telah bersetuju untuk memansuhkan 54 kategori barangan komoditi. Ini akan menjadikan pelabuhan kita lebih kompetitif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang akhbar sempena Majlis Pencapaian Bersejarah Pengendalian 1 Juta Kontena di Pelabuhan Johor, di sini hari ini.

Advertisement

Senarai 20 kategori barangan lain yang kekal memerlukan syarat AP membabitkan barangan berbahaya seperti senjata api dan mercun.

Tambah Siew Fook, pihaknya menjangkakan perkara itu akan diselesaikan dalam suku pertama tahun depan.

“Proses ini dalam peringkat memerlukan tindakan oleh beberapa kementerian yang terlibat. Kita berharap langkah itu akan dapat diselesaikan dengan segara.

Advertisement

“Selepas semua proses ini selesai, Kastam perlu gazet senarai baharu bagi barangan yang masih memerlukan syarat AP,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top