BM | EN | 中文

Kerajaan Malaysia perlu akui tewas hadapi Covid-19

Noor-Khalim-Sakib.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JAN: Kerajaan Malaysia perlu mengakui bahawa mereka telah tewas dengan gelombang pandemik Covid 19 di negara ini.

Pengarah Komunukasi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Noor Khalim Sakib berkata angka yang diumumkan setiap hari tidak menggambarkan pandemik tersebut akan reda.

Katanya, usaha selama ini yang dilakukan kerajaan didapati gagal apabila terdapat golongan yang digelarkan umum sebagai kluster menteri menjadi punca angka meningkat.

Advertisement

“Kita boleh bagaimana kesungguhan yang dipamerkan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noor Hisham Abdullah namun tiada sokongan yang mantap dari Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

“Dapat juga dilihat bagaimana menteri mengamalkan sikap ‘double standard’ melanggar arahan SOP yang ditetapkan sendiri oleh mereka.

“Akhirnya perkara tersebut telah menjadi contoh yang tidak baik kepada umum sehingga SOP yang ditetapkan dilihat tidak dipatuhi dengan baik oleh umum,” katanya.

Advertisement

Adun Perling, Cheo Yee How

Dalam pada itu, Adun Perling, Cheo Yee How juga menyatakan tidak mustahil menteri-menteri akan melanggar SOP walaupun diperketatkan berpandukan kejadian yang sebelum ini terjadi.

“Apa pun boleh terjadi seperti pelanggaran SOP dari mereka yang berdarjat tinggi kerana ‘base’ pada kes-kes sebelum ini.

“Terdapat menteri yang melanggar SOP hanya dihukum dengan kadar yang minima tidak seperti rakyat biasa yang telah dihukum dengan hukuman yang berat.

Advertisement

“Saya turut bersetuju bahawa kerajaan Malaysia telah tewas dalam menangani permasalahan Covid 19 ini kerana angka yang dipamerkan tidak mendatangkan tanda-tanda yang positif ia akan pulih semula,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top