BM | EN | 中文

Kerajaan lancar pakej PERMAI RM15 bilion

muhyiddin-yassin-bantuan-permai.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan melancarkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pakej bantuan PERMAI ini menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

“Kerajaan berulang kali membuktikan tidak akan berkompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

Advertisement

“Maka, sukacita saya ingin umumkan pada hari ini, sebuah pakej bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia, atau secara ringkasnya, PERMAI yang bernilai sebanyak 15 bilion ringgit,” katanya.

Tambah Muhyiddin, PERMAI bertujuan menambah baik inisiatif sedia ada dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan,” katanya ketika mengumumkan pakej bantuan PERMAI di sini hari ini.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top