BM | EN | 中文

Kerajaan laksana 15 projek kurangkan risiko banjir di Johor

tuan-ibrahim-tuan-man-Kerajaan-laksana-15-projek-kurangkan-risiko-banjir-di-Johor.jpg

Gambar Ehsan FB Tuan Ibrahim Tuan Man

Advertisement

BATU PAHAT, 10 SEPT: Kerajaan akan melaksanakan 15 projek pembangunan di negeri ini untuk mengurangkan risiko banjo, pemuliharaan sungai serta hakisan pantai, yang dianggarkan menelan kos RM1.43 bilion.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesemua projek berkenaan melibatkan 13 projek sambungan dan dua projek baharu, yang sedang dan akan dijalankan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Beliau berkata antaranya, dua projek pembangunan melibatkan projek menaik taraf Sistem Saliran Mesra Alam (SMA) dengan kos projek bernilai RM32.8 juta dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Batu Pahat di daerah itu bernilai RM48.5 juta.

Advertisement

Tuan Ibrahim berkata naik taraf sistem SMA yang melibatkan naik taraf sistem saliran Sungai Suloh dan Peserai di daerah itu, dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir disebabkan masalah sistem saliran yang tidak sempurna, kejadian hujan lebat dan fenomena air pasang.

“Projek menaik taraf sistem SMA Sungai Suloh telah slap 45 peratus, manakala naik taraf sistem SMA Peserai telah siap 30 peratus. Kedua-dua projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai projek-projek berkenaan di Parit Basri, dekat sini semalam.

Berkenaan projek RTB Sungai Batu Pahat pula, beliau berkata projek yang menelan kos RM48.5 juta itu, dijangka akan mengurangkan risiko banjir genang sekiranya berlaku kejadian hujan lebat di kawasan Sri Medan dan di bahagian hulu iaitu Chaah dan Segamat, serta kejadian air pasang besar.

Advertisement

Beliau berkata, projek itu, yang kini dalam proses prapelaksanaan bagi perkhidmatan perunding dan bakal melantik kontraktor tahun hadapan, dijangka slap dalam masa tiga tahun.

“Pelaksanaan projek-projek ini akan memberi manfaat kepada Iebih 10,120 penduduk yang sering mengalami masalah banjir genang, serta mengurangkan kerugian yang dialami peladang kelapa sawit: katanya lagi.

Turut hadir pada taklimat itu, Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Menteri Pengajian Tinggi serta Ahli Undangan Negeri Sri Medan Datuk Zulkurnain Kamisan.

Advertisement

Dalam rangka lawatan kerja sehari itu, Tuan Ibrahim turut dijadualkan melawat tapak projek RTB Sungai Batu Pahat, tapak projek menaik taraf Sistem SMA, serta melihat demonstrasi kawalan pelepasan air banjir genang di Kampung Parit Separap, di sini.

Sementara itu ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri Selangor yang menghentikan cadangan pelan pembangunan ke atas Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara (HSKKLU) serta memulakan proses mewartakan semula HSKKLU, beliau berterima kasih serta menyambut baik usaha itu serta usaha kerajaan negeri yang lain dalam mewartakan kawasan tadahan air.

“Masalah kita ini, pelepasan karbon kita di ‘offset’ dengan jumlah hutan yang ada. Malaysia Alhamdulillah, kita masih mengekalkan 55 peratus hutan-hutan di Malaysia… dan terima kasih kepada kerajaan negeri, yang sebahagian besar mematuhi had tebangan yang dikeluarkan kementerian ini: katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top