BM | EN | 中文

Kerajaan komited pastikan pekebun kecil terima pensijilan MSPO

IMG-20200130-WA0005.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 31 JAN: Kerajaan menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) komited dalam memastikan kesemua pengusaha sawit di negara ini mendapat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam waktu terdekat.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, ini termasuklah pekebun kecil tersusun dan pekebun kecil persendirian (PKP).

“Tempoh pendaftaran sukarela untuk mendapatkan pensijilan MSPO telah pun tamat pada 31 Disember tahun lalu.

Advertisement

“Namun, tempoh tersebut telah dilanjutkan selama enam bulan lagi bagi membolehkan lebih ramai pekebun kecil berdaftar secara sukarela,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas Majlis Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Industri Utama, Teresa Kok; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Chew Jit Seng dan ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari.

Advertisement

Tambah beliau, selepas tamat tempoh lanjutan enam bulan, surat amaran akan dikeluarkan kepada mana-mana pihak yang masih belum mendapatkan pensijilan MSPO.

“Kerajaan serius untuk melaksanakan perkara ini dan menjelang tahun 2022, sekiranya masih ada pihak yang gagal mendaftar akan dikenakan tindakan, termasuk menamatkan lesen mereka,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top