BM | EN | 中文

Kerajaan kekal guna Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi

Advertisement

PUTRAJAYA, 10 JAN: Kerajaan bersetuju mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi untuk menteri, timbalan menteri dan para pegawai kanan kerajaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima pengesahan stok mencukupi untuk menampung penggunaan.

Menurut beliau, isu timbul sebelum ini apabila kerajaan menyenaraikan beberapa pilihan kenderaan lain.

Advertisement

“Apabila kontrak ini dianugerahkan, kita memang mahu mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana namun syarikat tersebut tidak mempunyai stok mencukupi.

“Jado kita berikan pilihan sekiranya Proton Perdana tiada, itu sahaja. Kini sudah ada pengesahan kereta itu mencukupi jadi tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementeri Kewangan, di sini hari ini.

Advertisement

Sebelum ini timbul isu kerajaan mahu menukar kenderaan rasmi daripada Proton Perdana kepada kenderaan lain untuk menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top