BM | EN | 中文

Kerajaan Kedah kekal, gabungan PH-Bersatu

ADUN-PH.jpg

ADUN PH dan Bersatu menyatakan sokongan kepada Mukhriz untuk kekal sebagai Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR, 27 FEB: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai Menteri Besar negeri itu dan mengekalkan gabungan Pakatan Harapan (PH) bersama Bersatu.

Dalam kenyataan media bersama barisan pimpinan PH sebentar tadi, Mukhriz berkata, ADUN PH dan Bersatu menyatakan sokongan supaya dia kekal sebagai MB Kedah.

Katanya, mereka turut sepakat agar kerajaan negeri dikekalkan dengan gandingan sedia ada.

Mukhriz turut mengumumkan bahawa tiada rombakan barisan exco bagi kerajaan negeri Kedah.

Terdahulu pagi ini, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Badlishah memperkenan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai Menteri Besar negeri itu.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan PAS mempunyai 15 kerusi, Bersatu (enam), PKR (tujuh), Amanah (empat), UMNO (dua) dan DAP (dua).

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top