BM | EN | 中文

Kerajaan Johor tubuh Jawatankuasa Reformasi Ekonomi Negeri

Dr-Ir-Hasni-Mohammad.jpg

Datuk Ir Hasni Mohammad (Gambar Fail)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 APR: Kerajaan negeri Johor memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Ekonomi Negeri (State Economic Reform Committee) sebagai sebuah jawatankuasa penasihat dalam bidang ekonomi.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, SERC akan merangka dan memberi syor berbentuk Pelan Reformasi Ekonomi kepada  kerajaan negeri yang mengandungi polisi, prosedur dan hala tuju strategik bertujuan mereformasikan ekonomi Johor pasca Covid-19.

Menurut beliau antara objektif SERC antaranya menasihati kerajaan negeri berkenaan polisi, prosedur dan hala tuju strategik jangka masa  pendek, sederhana dan panjang berkaitan ekonomi Johor.

Advertisement

Selain itu, ia juga akan menasihati kerajaan negeri Johor berkenaan bidang ekonomi baharu, kerjasama serantau dan inisiatif berimpak tinggi  bagi mewujudkan ekosistem ekonomi Johor yang lestari

Tambahnya, SERC juga akan memberikan syor penambahbaikan bagi Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 dalam konteks pasca COVID- 19.

“SERC ini akan dianggotai beberapa individu berpengaruh dan pemain-pemain industri yang berwibawa dalam bidang ekonomi. Jawatankuasa  penasihat ini akan dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor,” kata Hasni dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Difahamkan laporan pelan reformasi ekonomi akan itu diserahkan kepada Menteri Besar untuk diambil tindakan lanjut oleh agensi kerajaan  negeri seperti Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri dan Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat serta agensi berkaitan.

“SERC dijangka akan mula bermesyuarat pada minggu depan bagi menilai cabaran ekonomi semasa serta mengenal pasti hala tuju masa  depan ekonomi negeri Johor pasca Covid-19,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top