BM | EN | 中文

Kerajaan Johor terima zakat perniagaan RM2.26 juta dari PLUS

Zakat-PLUS-kerajaan-Johor.jpg

JOHOR BAHRU, 8 SEPT: Kerajaan negeri Johor menerima zakat perniagaan berjumlah RM2.26 juta PLUS Malaysia Berhad.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Zakaria Ahmad Zabidi sumbangan zakat perniagaan itu disampaikan kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, semalam.

“Sejak 2013, PLUS telah menyumbang pembayaran zakat perniagaan kira-kira RM20.5 juta kepada kerajaan negeri Johor,” katanya, lapor Bernama.

Menurut PLUS, komuniti tersebut terdiri daripada penerima zakat yang layak dan golongan asnaf yang tinggal di negeri di mana PLUS  beroperasi.

Ini termasuk komuniti lebuh raya yang berada sekitar 30 kilometer dari lebuh raya PLUS seperti Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Syarikat konsesi lebuh raya terbesar di Malaysia itu memberitahu telah menyumbang zakat perniagaan lebih RM98 juta kepada para asnaf dan penerima yang layak sejak tujuh tahun lepas.

Tambahnya, sumbangan zakat perniagaannya sejajar dengan matlamat korporat mereka untuk menjaga masyarakat dengan baik.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top