BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR TAWAR GERAN USAHAWAN SEHINGGA RM20,000

geran-orang-lokal-johor-rm20k.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 3 SEPT: Usahawan mikro di Johor kini boleh memohon bantuan geran perniagaan bernilai sehingga RM20,000 melalui program Geran Orang Lokal (G.O.L) 2019 yang ditawarkan oleh kerajaan negeri bermula 3 September ini.

Program yang dilaksanakan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) menawarkan bantuan dalam bentuk mesin atau peralatan, rekabentuk, pelabelan, pembungkusan dan pendaftaran harta intelek serta untuk membangunkan laman web atau e-dagang, dan berkaitan pendigitalan perniagaan.

Geran ini mengutamakan usahawan yang belum pernah menerima mana-mana bantuan kerajaan negeri Johor dalam tempoh tiga tahun, dan pemohon hendaklah mempunyai nilai jualan tahunan kurang RM300,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada lima orang.

Advertisement

Antara syarat permohonan ialah, pemohon adalah penduduk tetap negeri Johor atau mereka yang telah bermaustatin di Johor sekurang-kurangnya lima tahun berturut-turut dan berumur 18 hingga 60 tahun semasa memohon.

Selain itu, pemohon beroperasi dengan premis di Johor selama enam bulan keatas mengikut tarikh pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kategori bantuan termasuklah makanan dan minuman, percetakan, jahitan, automobile, gunting rambut, spa dan kecantikan, jurugambar, pendawaian elektrik, kimpalan, industri kreatif serta lain-lain perkhidmatan berinovasi.

Advertisement

Tarikh pendaftaran akan dibuka sehingga Sept 24, pemohon boleh muat turun borang permohonan di Facebook Perbadanan Usahawan Johor sebelum kembalikan salinan yang lengkap ke pejabat PUJB di Iskandar Puteri Commerial Centre.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 07-5102542 atau email gol.pujb@gmail.com

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top