BM | EN | 中文

Kerajaan Johor tak galak ziarah hari raya, lebih baik kekal di rumah

Exco-Jawatankuasa-Kesihatan-dan-Alam-Sekitar-negeri-Johor-R-Vidyananthan.jpg

Exco Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 MEI: Kerajaan negeri Johor menasihatkan orang ramai di negeri ini untuk tidak melakukan ziarah, tidak menganjurkan rumah terbuka dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan dalam kenyataannya hari ini berkata ia sebagai sebahagian daripada normal baharu dan orang ramai boleh bertindak sebagai barisan hadapan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

“Sempena dengan sambutan perayaan Hari Raya yang akan menjelang tiba, orang ramai juga disarankan mengamalkan normal baharu seperti bermaaf-maafan atas talian dengan menghantar mesej, menelefon atau melalui video call sahaja, solat sunat Aidilfitri di rumah, kekal selamat duduk di rumah dan tidak melakukan ziarah, tidak menganjurkan rumah terbuka dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

Advertisement

“Menjelang musim perayaan ini, saya yakin ada di antara saudara dan saudari sekalian yang ingin pulang ke kampung menyambutnya bersama keluarga dan sanak saudara.

“Walaupun sudah ada kebenaran bersyarat untuk menyambut perayaan dengan keluarga, sila patuhi SOP demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan pada 13 Mei membenarkan sambutan perayaan Aidilfitri dilakukan pada hari pertama sahaja.

Advertisement

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat itu termasuk perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, dan dihadkan kepada 20 orang ahli keluarga terdekat.

Katanya mesyuarat khas MKN pada 12 Mei memutuskan untuk mengehadkan aktiviti ziarah-menziarahi untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai untuk hari pertama perayaan sahaja.

“Aktiviti ziarah hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari,” katanya.

Advertisement

Sertai telegram Johorkini untuk mengetahui berita dan isu-isu semasa di Johor

Dalam pada itu kata Vidyananthan ketika ini pergerakan merentas daerah di Johor dibenarkan untuk tujuan seperti bekerja, membeli keperluan harian, urusan kesihatan (temujanji hospital/klinik) dan kematian.

Bagaimanapun katanya, pihak Polis masih menimbangkan urusan lain yang dirasakan munasabah.

Advertisement

“Saya berharap orang ramai tidak melakukan sebarang pergerakan rentas daerah sepanjang PKPB sekiranya tiada keperluan yang mendesak. Ia adalah untuk kebaikan semua.

“Kita bimbang, ziarah rentas daerah untuk menyambut perayaan ini boleh mengundang penularan jangkitan COVID-19 kepada golongan yang berisiko.

“Kita perlu menerima hakikat, kehidupan seharian kita tidak lagi sama seperti sebelum ini. Tradisi balik kampung untuk menyambut Aidilfitri setiap tahun yang telah menjadi sebahagian budaya masyarakat Malaysia tidak dapat diteruskan tahun ini.

Advertisement

“Saya berharap semua faham, larangan ini bukan mahu menyusahkan kita tapi untuk keselamatan dan kesihatan semua,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top