BM | EN | 中文

Kerajaan Johor tak benarkan ziarah pusara pada hari raya Aidilfitri

ziarah-kubur.jpg

Gambar Ehsan msn.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 MEI: Kerajaan negeri Johor tidak membenarkan ziarah ke pusara pada hari raya Aidilfitri kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata, aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai, melakukan rumah terbuka, tahlil dan kenduri hari raya turut tidak dibenarkan.

“Selain itu aktiviti seperti marhaban rumah ke rumah dan berpesta juga tidak dibenarkan sepanjang Hari Raya Aidilfitri kali ini,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Terdahulu pada 19 Mei, Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, amalan tradisi ziarah ke pusara tidak dibenarkan dan diganti dengan majlis surah Yasin dan tahlil selepas solat sunat Aidil Fitri dan khutbah Hari Raya.

Selain itu menurut garis panduan yang dikeluarkan itu, tradisi program dari rumah ke rumah diganti dengan takbir raya di rumah kediaman masing-masing.

“Program rumah terbuka, ziarah menziarahi dan bermaafan sesama keluarga terdekat, saudara-mara, sahabat handai dan masyarakat Islam diganti dengan menggunakan alat telekomunikasi dan media sosial.

Advertisement

“Bagi sebarang bentuk pemberian atau sumbangan, hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Manakala pemberian duit raya yang biasa dibuat dalam program ziarah menziarahi diganti dengan perbankan online dan pemberian kuih raya diganti dengan penghantaran melalui pos atau (perkhidmatan) Grab.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top