BM | EN | 中文

Kerajaan Johor tak benarkan Bazar Ramadhan

bazar-ramadhan.jpg

Gambar Ehsan johorfoodie.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 APR: Kerajaan negeri Johor memutuskan tidak meneruskan penganjuran Bazar Ramadhan, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Katanya keputusan itu sebagai langkah kawalan terhadap kemungkinan berlaku penularan wabak Covid-19 akibat kontak rapat, sekaligus mengundang risiko lebih besar kepada pengunjung dan rakyat.

“Kerajaan negeri Johor juga telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan penganjuran Bazar Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Advertisement

“Keputusan ini adalah selaras dengan saranan Kerajaan Persekutuan untuk tidak menganjurkan Bazar Ramadan pada tahun ini.

“Walaubagaimanapun, saya menggalakkan para peniaga untuk menjalankan perniagaan masing-masing secara dalam talian.

“Ini juga merupakan peluang bagi para peniaga untuk meneroka potensi pasaran yang amat luas menerusi online,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, purata peratusan terhadap Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Negeri Johor pada 13 April 2020 meningkat sedikit, iaitu 97.09 peratus berbanding 96.95 peratus pada 12 April 2020.

Manakala data dikeluarkan Jabatan KesihatanJohor berhubung kes Covid-19 mengikut mukim di daerah di negeri ini setakat 13 April 2020, sebanyak 37 mukim masih berada dalam Zon Hijau dengan rekod tiada kes diikuti 49 mukim di bawah Zon Kuning.

Sebanyak empat mukim diletakkan dalam Zon Jingga, manakala dua mukim, iaitu Plentong dan Ulu Benut kekal diletakkan di bawah Zon Merah dengan melebihi 40 kes.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top