BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR SOKONG PROJEK HSR DENGAN SYARAT

jimmy-Puah-2.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 SEPT: Kerajaan negeri secara dasarnya menyokong pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), kata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse.

Namun katanya, sokongan tersebut berdasarkan dua syarat demi kepentingan dan manfaat negeri Johor.

“Syarat pertama, kos tambang mestilah munasabah dan boleh ditanggung oleh rakyat.

Advertisement

“Kita tidak mahu kadar tambang untuk satu hala mencecah hingga RM400, sehingga rakyat tidak mampu.

“Kedua bagi pandangan saya, pembinaan itu haruslah melibatkan laluan kedua (second line) dan berhenti di Johor.

“Contohnya di Johor Bahru atau Muar, bagi tujuan pembangunan di pekan-pekan dan bandar-bandar di sini,” katanya ketika berucap di Karnival Perayaan Kuih Bulan 2019 di Bukit Indah, di sini malam tadi.

Advertisement

Puah berkata wakil MyHSR telah berjumpa  pihaknya dan meminta sokongan kerajaan negeri berhubung projek tersebut.

“Kita (kerajaan negeri) boleh sokong HSR tetapi atas dua syarat berkenaan tambang dan laluan kedua.

“Berdasarkan ini, mereka (MyHSR) memahami pandangan Johor serta syarat yang disertakan dan akan bincangkannya dengan lebih lanjut,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top