BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR SEDIA GERAN USAHAWAN MASYARAKAT INDIA

IMG-20191005-WA0012.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 5 OKT: Usahawan mikro bagi masayarakat India kini boleh memohon bantuan perniagaan bernilai sehingga RM10,000 melalui Bantuan Harapan Keusahawanan Masyarakat India Johor.

Bantuan yang diuruskan oleh pejabat Pengerusi Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu diutamakan kepada pemohon yang belum pernah menerima bantuan dari kerajaan negeri dalam tempoh tiga tahun.

Advertisement

Pendaftaran telah dibuka sehingga 14 Oktober ini, dan syarikat pemohon hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sekurang-kurangnya enam bulan serta pendapatan setahun tidak melebihi RM50,000.

Antara syarat-syarat permohonan termasuklah premis perniagaan beroperasi di Johor, penduduk tetap negeri ini atau mereka yang telah bermastautin sekurang-kurangnya lima tahun berturut-turut.

Pendaftaran juga dibuka hanya kepada mereka berumur 20 hingga 40 tahun dan menjalankan perniagaan sepenuh masa serta terhad untuk satu permohonan bagi satu syarikat.

Advertisement

Selain daripada mesin dan peralatan, skop bantuan termasuklah dalam bentuk geran, dimana Pemohon geran hendaklah menghantar surat menjelaskan bagaimana bantuan ini boleh membantu perkembangan perniagaan ke pejabat Pengerusi Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Kategori bantuan adalah untuk industri kreatif (kraftangan, rekabentuk, muzik, sukan, filem dan lain-lain), perkhidmatan industri inovatif, pertanian, percetakan, jahitan, automotif, spa dan kecantikan, jurugambar, makanan dan minuman, pendawaian elektrik serta gunting rambut.

Bagi usahawan kreatif atau perkhidmatan inovatif, pemohon perlu melampirkan kertas kerja meliputi profil syarikat mengenai kerja-kerja yang telah atau pernah dijalankan untuk tempoh tahun permohonannya.

Advertisement

Pemohon boleh memuat turun borang permohonan di Facebook rasmi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna negeri Johor, Dr S Ramakrishnan.

Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke pejabat berkenaan di Aras 3, Bangunan Dato’ Jaafar Muhamad di Kota Iskandar.

Pemantauan dan pemeriksaan susulan akan dibuat selepas enam bulan menerima bantuan di mana bagi yang tidak memanfaatkan peruntukan yang diberikan, kerajaan negeri berhak menyenarai hitam nama usahawan berikut.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top