BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR SAMBUT BAIK WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

sahruddin_mahathir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 OKT: Kerajaan negeri Johor menyambut baik Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Dr Sahruddin Jamal berkata, kerangka tersebut yang menggariskan hala tuju ekonomi negara bagi tempoh sepuluh tahun mampu memacu Malaysia dan negeri Johor khususnya berserta rakyat, ke arah lebih baik di masa akan datang.

“Sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan, soal pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan bersifat inklusif adalah perlu agar jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan, etnik, pembangunan wilayah dan rantaian bekalan tidak terus melebar.

Advertisement

“Ini kerana, pembangunan dan kemakmuran negara perlu seiring dengan kesejahteraan masyarakat.

“Kepimpinan negara mahu dasar, intervensi dan program yang lebih komprehensif sampai di segenap lapisan masyarakat,” kata Sahruddin dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Sahruddin, WKB2030 diyakini akan memandu ekonomi Malaysia ke arah lebih berdaya tahan dengan potensi sebenar yang ada dioptimumkan, dan pada masa yang sama, setiap agenda yang dilaksanakan memberikan nilai tambah positif kepada taraf hidup masyarakat.

Advertisement

“Tujuh Teras Strategik WKB2030 ini dijangka memacu ekonomi Malaysia dan Johor amnya, sekali gus merancakkan lagi kebolehpasaran negeri Johor selain mengimbangi nikmat manfaat daripada kemajuan ekonomi.

“Oleh itu, kerajaan negeri Johor menyifatkan pelancaran WKB2030 sebagai tepat pada masanya, kerana percaya manfaat daripada setiap kekayaan dan pembangunan yang direncanakan adalah perlu untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

“Sokongan dan dokongan rakyat terhadap WKB2030, mampu merealisasikan setiap objektif Kemakmuran Bersama untuk melihat berlakunya penstrukturan ekonomi negara, menangani ketidaksamaan dan membina negara,” katanya.

Advertisement

Majlis pelancaran WKB2030 disempurnakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pagi ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri, Tan Seri Muhyiddin Yassin

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top