BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR SAMBUT BAIK NFCP

dzulkefly-ahmad.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 SEPT: Kerajaan negeri Johor memberi tumpuan pada Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara atau singkatannya NFCP atas keperluan negeri dan rakyatnya dalam mendepani ekonomi digital.

Kerajaan Negeri Johor telah memberikan fokus kepada proses penyediaan infrastruktur yang berkaitan supaya perancangan pendigitalan untuk negeri Johor dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor, YB Dzulkefly bin Ahmad, satu inisiatif telah diambil oleh kerajaan negeri berhubung NFCP dengan mengadakan perbincangan bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Selatan bagi menubuhkan satu jawatankuasa peringkat negeri yang akan memantau pelaksanaan ini.

Advertisement

“Jawatankuasa ini juga ditubuhkan untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan NFCP serta lain-lain inisiatif pembangunan infrastruktur untuk tujuan meningkatkan perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Negeri Johor,” katanya.

Menurut Dzulkefly lagi, pelaksanaan pelan NFCP ini dilihat selaras dengan matlamat kerajaan negeri yang berhasrat untuk menggalakkan penglibatan rakyat terutamanya dalam bidang perniagaan yang akanmembangunkan ekonomi digital khususnya di Negeri Johor.

Pelan ini juga akan memberikan manfaat khususnya kepada masyarakat di kawasan luar bandar yang akan menikmati perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti dan berkelajuan tinggi.

Advertisement

Malahan, ia secara langsung dapat mengelakkan migrasi golongan belia dari kawasan luar bandar ke bandar yang hanya akan meningkatkan kadar miskin bandar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top