BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR RANCANG TUBUH MAJLIS PENGANGKUTAN LICINKAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN ALIRAN TRAFIK

mohd_solihan_badri.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 OGOS: Kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Pengangkutan Negeri Johor bagi meningkatkan kualiti sistem pengangkutan serta aliran trafik dalam negeri.

Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Johor Mohd Solihan Badri, majlis berkenaan akan dibentuk sebelum akhir tahun ini dengan kertas kerja berkenaan akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam waktu terdekat.

Katanya majlis berkenaan akan dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal senduru yang akan turut dianggotai wakil dari jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Pengangkutan Jalan.

Advertisement

Majlis tersebut juga berperanan untuk merancang, memantau dan melaksanakan sistem pengangkutan khususnya trafik di Tambak Johor dan kawasan-kawasan bandar.

“Termasuk kesesakan di Tambak Johor, kerana kesesakan di sana bukan sahaja berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) dan di tambak sahaja, tetapi ia melibatkan laluan sebelum dan selepas.

“Di samping itu, kita juga melihat isu tempatan seperti kesesakan di sesuatu tempat dan kita akan atasi terus bersama jabatan dan agensi berkaitan,” katanya kepada wartawan.

Advertisement

Mohd Solihan ditemui selepas Pelancaran Kemerdekaan dan Kempen Keselamatan Laluan Betul anjuran JKR Kulai dan Senai Airport Bhd, di Kulai, hari ini.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri tidak mahu perkara-perkara yang dapat diselesaikan, tidak diselaraskan dan diambil tindakan segera sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang ramai.

Pada masa sama, beliau berkata satu tabung akan diwujudkan bagi menjalankan kajian dan langkah penyelesaian masalah kesesakan di Johor sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Advertisement

“Kerana majlis  ini  juga akan mengambil kira pembangunan akan datang dan keadaan semasa.

“Selain itu, ia juga merupakan panduan dan nasihat, maknanya jika ada pembangunan di sesebuah kawasan yang melibatkan jenis pengangkutan tertentu, kita akan beri pandangan kerana kita akan ada pasukan teknikal,” katanya.

 

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top