BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR RAKAM PENGHARGAAN BEKAS PRESIDEN JCORP

kamaruzzaman.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 DIS: Kerajaan negeri merakamkan ucapan penghargaan kepada bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim atas perkhidmatan beliau selama hampir tiga dekad di syarikat tersebut.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin berkata, kerajaan negeri menghargai sumbangan beliau yang tidak ternilai sepanjang tempoh bersama organisasi itu.

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Datuk Kamaruzzaman telah menjadikan JCorp sebagai badan pelaburan negeri yang sangat dinamik di negara ini.

Advertisement

“Kecekapan Datuk Kamaruzzaman mengemudi JCorp ketika menempuh krisis kewangan global pada tahun 2008-2009 telah mengukuhkan kewangan JCorp selepas itu.

“Dalam tempoh kepimpinan beliau juga, aset bersih Kumpulan juga terus meningkat sehingga tahun kewangan 2018,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kamaruzzaman berkhidmat di organisasi korporat itu bermula daripada beberapa peranan dalam jabatan kewangan.

Advertisement

Beliau kemudiannya mengisi jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi pada tahun 2006 di bawah pimpinan bekas Ketua Eksekutif, Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Kamaruzzaman seterusnya menggalas tanggungjawab sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp pada Disember 2010.

Menerusi kepimpinan beliau, aset bersih kumpulan terus meningkat dengan ketara daripada RM5.8 bilion hingga RM9 bilion pada tahun kewangan berakhir 2018.

Advertisement

JCorp dalam kenyataannya semalam mengumumkan persaraan Kamaruzzaman berkuatkuasa 31 Disember ini.

JCorp turut memaklumkan Naib Presiden Bahagian Tanggungjawab Korporatnya, Bukhari Abdul Rahman, akan memainkan peranan sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif sehingga satu notis yang akan diberitahu.

JohorKini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top