BM | EN | 中文

Kerajaan Johor prihatin nasib pendidikan anak-anak Orang Asli

Kerajaan-Johor-prihatin-nasib-pendidikan-anak-anak-Orang-Asli.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 30 DIS: Kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan nasib anak-anak Orang Asli di Johor, terutamanya dalam bidang pendidikan, kata penyelaras DUN Panti, Intan Jawahir.

Katanya sempena musim persekolahan akan datang pihaknya berjaya menguruskan sumbangan, antaranya kepada hampir 300 pelajar dalam kawasan tersebut melalui sumbangan dari pelbagai pihak.

“Kerajaan sentiasa peka dan prihatin dengan kebajikan pelajar dan tidak juga dilupa masyarakat Orang Asli.

Advertisement

“Kepada anak-anak diharap dapat menumpukan kepada pelajaran dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan sahsiah diri.

“Diharap dengan bantuan ini, ia dapat meringankan sedikit perbelanjaan ibu ayah dalam menyiapkan kelengkapan sekolah bagi anak-anak kembali ke sekolah hari Rabu ini,” kata Intan Jawahir.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jom Kembali Ke Sekolah Bersama Anak-Anak Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong Pinang, di sini semalam.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, beliau berharap para ibu bapa dapat memberi kerjasama dengan pihak sekolah dan pemimpin setempat untuk bersama mendidik dan membentuk anak-anak Orang Asli menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

“Kerana ibu ayah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Para guru hanya membantu anak-akank ini memilih jalan kejayaan dengan tunjuk ajar.

“Para guru pula membantu untuk menjaga kebajikan dan keperluan ibu ayah dan juga pihak sekolah supaya segala kekurangan akan cuba dipenuhi agar tidak terganggu proses pembelajaran anak-anak disini,” katanya.

Advertisement

Tambah beliau lagi, melalui kerjasama para ibu bapa, guru dan kerajaan anak-anak Orang Asli dapat mencapai kejayaan dalam hidup dan menjadi insan yanf berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top