BM | EN | 中文

Kerajaan Johor perlu wujudkan Majlis Pemulihan Negeri

Dzulkefly-Ahmad.jpg

KOTA ISKANDAR, 11 OGOS: Kerajaan Johor dicadang menubuhkan Majlis Pemulihan Negeri Johor (MPNJ) bagi memastikan perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan secara lancar di peringkat negeri Johor.

Cadangan itu disuarakan Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad bagi memastikan aspek pengurusan dan kawalan wabak Covid-19 secara holistik dilakukan bagi pemulihan ekonomi negeri dan rakyat.

“Cadangan ini juga perlu dikhususkan kepada pemulihan ekonomi negeri, rakyat dan juga kerajaan sendiri.

“Perkara ini amat penting dalam memastikan Program Imunisasi Covid 19 peringkat negeri dibentuk lebih tersusun dan efektif,” katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor itu berkata, usaha membantu rakyat negeri ini dan rakyat Malaysia yang berada di Singapura juga perlu dilakukan.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top