BM | EN | 中文

Kerajaan Johor perlu terus dan luaskan program ‘Mama Friendly’ – Adun Johor Jaya

Liow-Cai-Tung.jpg

Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung (kanan) mengedarkan susu ibu di sekitar kawasan DUN dengan kerjasama Andrew Chen, ADUN Stulang sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Liow Cai Tung menyeru pihak kerajaan negeri meneruskan program Mama Friendly inisiatif pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Cai Tung berkata, program tersebut bukan sahaja menyokong dasar penyusuan susu ibu kebangsaan, malah demi kebaikan kaum wanita, kanak-kanak dan juga perkembangan masyarakat Malaysia yang sihat dan sejahtera.

“Itu antara sebab kerajaan PH Johor mewujudkan program Mama Friendly pada tahun 2019, sebuah inisiatif yang menyediakan bilik khas untuk ibu mengepam susu di tempat kerja seperti pejabat dan sekolah.

Advertisement

“Langkah tersebut juga adalah untuk memudahkan ibu bekerjaya menyusukan anak.

“Program Mama Friendly telah menerima sambutan yang amat baik dari pelbagai pihak sehingga kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000 dalam Belanjawan 2020 bagi tujuan mempromosikan dan memperluaskan program Mama Friendly,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Cai Tung, jumlah tersebut adalah enam kali ganda berbanding Belanjawan 2019.

Advertisement

Tambahnya, pelan dan sasaran asal semasa menjadi Exco Jawatankuasa Pelancongan dan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah untuk mewujudkan 100 buah bilik Mama Friendly pada 2020 melalui kerjasama dengan ahli parlimen dan sekolah di seluruh Johor.

Justeru kata Cai Tung, beliau memberi sokongan penuh kepada usaha penyusu ibu yang bekerja di Singapura yang tidak dapat pulang ke negara akibat Wabak Covid-19.

“Walaupun berpisah dengan bayi, tetapi mereka tetap bergigih dan tidak berputus asa untuk menghantar susu ibu ke rumah supaya anak dapat khasiat yang paling baik.

Advertisement

“Sebagaimana sedia maklum, susu ibu mempunyai manfaat yang sangat banyak kepada bayi.

“Selain memberi manfaat dari sudut kesihatan, sentuhan fizikal dan perkembangan mental, susu ibu juga memberi kesan terhadap emosi anak seperti merapatkan hubungan antara ibu dan anak.

“Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia”.

Advertisement

“Ungkapan ini memang tepat dan menggambarkan kelembutan seorang wanita terlindung di sebaliknya sifat gigih, tekun, rajin dan komited dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan serta mampu menjaga dan membesarkan anak hingga berjaya,” kata Cai Tung lagi.

Terdahulu hari ini, Cai Tung mengedar tiga kotak susu ibu ke tiga buah rumah dalam kawasan DUN Johor Jaya sempena sambutan minggu penyusuan susu ibu dunia atau World Breastfeeding Week (WBW).

Ia merupakan acara tahunan disambut 1 Ogos hingga 7 Ogos dianjurkan The World Alliance for Breastfeeding Action (WABA) bagi mempromosi, menyokong dan menggalakkan penyusuan susu ibu di seluruh dunia.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top