BM | EN | 中文

Kerajaan Johor perlu terap konsep dan idea ‘start up’ untuk pulih ekononi negeri – Adun Bukit Batu

gmbr-fail-jimmy-puah-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 7 OGOS: Kerajaan negeri Johor disaran untuk mengadakan insentif untuk menarik syarikat rintis (start up) ke ke negeri ini sebagai salah satu strategi pemulihan ekonomi.

Dalam perbahasan menjunjung kasih DYMM Sultan Johor pada sidang Dewan Negeri Johor baru-baru ini, Adun Jimmy Puah Wee Tse berkata dalam usaha memulihkan ekonomi negeri, kerajaan tidak lagi boleh bergantung kepada pelan lima tahun.

“Malah dua tahun pun mungkin kena semak.

Advertisement

“Maka apa usaha kerajaan Johor untuk membantu rakyat Johor meneroka e-commerce ini? Saya tidak nampak ada apa-apa usaha setakat ini.

“Cari ‘start-up’ yang berpotensi. Melabur. Boleh buat carian seluruh Johor walaupun online untuk idea ‘start-up’.

“Labur untuk ekuiti, beri geran, beri latihan professional. Tentu rakyat terutamanya orang muda minat,” kata Timbalan Pengerusi PKR Johor itu.

Advertisement

Tambah Jimmy, Johor memiliki pelbagai aspek kelebihan antaranya logistikl, geografi dengan pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.

‘E-commerce bergantung kepada jaringan logistik yang sangat lengkap. Internet juga penting. Jangan cakap 5G, 4G pun kena sempurna. Liputan kena luas,” katanya lagi.

Dalam pada beliau turut berharap kerajaan negeri dapat membantu 100,000 industri kecil dan sederhana susulan perniagaan yang terjejas akibat sekatan pergerakan dan penutupan sempadan dengan Singapura.

Advertisement

“Sangat terjejas bila orang Singapura dan warga Malaysia yang kerja di Singapura tidak kembali untuk berbelanja di kedai-kedai di selatan Johor.

“Kerajaan Johor tidak boleh bergantung kepada pusat sahaja untuk bantu mereka.

“Tentu ada cara juga kerajaan negeri boleh membantu PKS tempatan yang sudah tidak dapat bertahan kerana Johor masih di Fasa 1 PPN,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top