BM | EN | 中文

Kerajaan Johor perlu sasar 80 peratus imuniti kelompok – Pakatan Harapan

Kerajaan-Johor-perlu-sasar-80-peratus-imuniti-kelompok-Pakatan-Harapan.jpg

Aminolhuda (tengah) bersama ahli parlimen Kulai, Teo Nie Chng (kiri) dan ahli parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 MEI: Johor perlu mensasarkan 80 peratus imuniti kelompok (herd immunity) pada akhir tahun 2021 dan sekiranya perkara itu berjaya, Johor mampu untuk berbincang dengan Singapura mengenai perjalanan dua hala antara kedua negara.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Pakatan Harapan, Aminolhuda Hassan selepas mesyuarat membabitkan kesemua Adun dan Ahli Parlimen Johor di Kota Iskandar hari ini.

Katanya, mengikut bancian Jabatan Statistik Negara bagi tahun 2020, Johor mempunyai 3.781 juta penduduk dengan anggaran sebanyak 2.319 juta penduduk yang perlu untuk divaksin.

Advertisement

“Mengikut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19, sehingga kini hanya 149,973 yaitu 5.28 peratus rakyat Johor yang telah divaksin sekurangnya sekali daripada 1.315 juta rakyat Johor yang mendaftar.

“Sehingga 5 Mei 2021, sebanyak 85,646 rakyat Johor telah menerima dua dos penuh dan 2.233 juta lagi perlu menerima vaksin sepenuhnya bagi mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang hujung tahun 2021 dan purata sebanyak 279,169 warga Johor perlu divaksin setiap bulan.

“Johor mempunyai 26 lokasi Pusat Pembelian Vaksin (PPV), untuk penduduk Johor Bahru seramai 1.6 juta orang misalnya hanya ada enam PPV. Dengan anggaran 929 sehari bagi yang berumur 18 tahun ke atas dari Februari hingga Disember 2021.

Advertisement

“Apakah PPV kita mampu memvaksin sebanyak itu? Adakah Kerajaan Persekutuan mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk kita mencapai sasaran ini?” katanya dalam kenyataan tersebut.

Aminolhuda yang merupakan Adun Parit Yaani berkata, negara-negara maju mempunyai strategi mempercepatkan peratusan rakyat yang mendapat vaksinasi supaya imuniti kelompok lebih cepat dicapai.

Tambahnya, Johor boleh mendesak Putrajaya untuk membenarkan kerajaan negeri mengemukakan program vaksinasi dengan inisiatif sendiri.

Advertisement

“Johor boleh pertimbangkan perolehan sendiri vaksin supaya lebih ramai rakyat divaksinasi dengan lebih awal untuk mengelakkan lebih banyak kematian akibat dari Covid-19.

“Kerajaan Johor juga perlu mempertimbangkan untuk membenarkan majikan menampung kos vaksinasi untuk pekerja masing-masing.

“Kerajaan Johor juga perlu mempertimbangkan pembukaan lebih banyak pusat vaksinasi terutama di kawasan dengan kepadatan penduduk dan kes yang tinggi.

Advertisement

“Juga perlu mempertimbangkan untuk membenarkan hospital dan klinik-klinik swasta melaksanakan program vaksinasi dengan dikawal selia oleh Pejabat Kesihatan Negeri,” katanya lagi

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top