BM | EN | 中文

Kerajaan Johor perlu pastikan pemberian sekurang-kurangnya 1.5 juta dos vaksin sebulan

Tan-Hong-Pin-Adun-Skudai.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JUL: Adun Skudai, Tan Hong Pin menggesa kerajaan Johor membahaskan tentang bekalan vaksin untuk memastikan sekurang-kurangnya 1.5 juta dos vaksin sebulan dapat diberikan sehingga sasaran imuniti kelompok dapat dicapai.

Kata Hong Pin, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah populasi negeri Johor adalah seramai 3.78 juta orang dengan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas berjumlah 2.71 orang.

“Justeru itu, rakyat Johor yang dalam kategori dewasa tersebut perlu segera menerima suntikan vaksin sekiranya ingin mencapai 70 peratus peratus imuniti kelompok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Katanya setakat ini, jumlah pemberian suntikan vaksin dos pertama setakat ini adalah 1,039,924 dos manakala dos kedua pula adalah 422,633 dos.

Manakala jumlah keseluruhan vaksin yang telah disuntik adalah 1,462,557 dos berbanding 5.42 juta dos vaksin yang diperlukan untuk menyuntik 2.71 juta orang dewasa.

“Dirumuskan bahawa negeri Johor kini mengalami kekurangan bekalan vaksin sebanyak 3.96 dos vaksin,” katanya lagi.

Advertisement

Ujarnya, proses vaksinasi di Johor telah stabil dengan pencapaian 30 ribu dos harian dan melebihi 40 ribu dos selama tempoh empat hari dengan purata tujuh hari dos vaksin mencecah 40,232 dos vaksin.

Namun begitu katanya, Johor masih tidak mampu mencapai angka 50 ribu dos vaksin sehari.

Tambah beliau lagi, jumlah vaksinasi harian di Johor meningkat kepada 50 ribu dos pada bulan Ogos depan dan mungkin mampu mencapai imuniti kelompok pada Oktober dengan baki sebulan bagi suntikan vaksin harian yang kurang.

Advertisement

Namun kes jangkitan COVID-19 di negeri Johor kembali serius bulan ini dan jumlah kes harian direkodkan melebihi standard bawah Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara iaitu 463 kes sehari.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, bilakah Johor boleh memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara?

“Sejauh mana keadaan tersebut memberi kesan kepada rakyat dan PKS? soalnya.

Advertisement

Justeru itu katanya, langkah proaktif dengan mengemukakan rundingan untuk dibahaskan dalam Sidang Dewan Negeri tersebut bersasar kepada dalam Perintah Tetap Dewan Negeri Johor.

“Langkah tersebut secara tidak langsung memberi peluang kepada ahli-ahli Dewan Negeri Johor dari belah Kerajaan dan Pembangkang berbahas dan mencapai permuafakatan agar kerajaan negeri Johor memastikan bekalan vaksin sekurang-kurangnya 1.5 juta dos sebulan sehingga mencapai sasaran imuniti kelompok,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top