BM | EN | 中文

Kerajaan Johor perlu nyata pendirian, utamakan pekerja Malaysia berbanding PATI

Muhammad-Taqiuddin-Cheman-Adun-Pulai-Sebatang.png
Advertisement

PONTIAN, 2 NOV: Kerajaan Johor didesak menyatakan pendirian untuk mengutamakan rakyat tempatan berbanding Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini.

Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, kenyataan dari Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin sebelum ini untuk memberikan pas sementara kepada PATI dianggap tidak rasional.

“Kalau nak dikira soal kerja berat dan kotor, tidak sedarkah kerajaan bahawa ada di antara rakyat di negara ini yang mampu melakukan kerja berkenaan seperti pengambil upah?

Advertisement

“Sekiranya peluang pekerjaan tersebut mahu diberikan kepada PATI, mana tinjauan dibuat kerajaan?

“Terdapat lebih 800,000 penganggur yang ada di negara ini. Mereka sedia berlengas dari menahan diri tanpa punca pendapatan bagi memulihkan ekonomi mereka sendiri.

“Saya mendesak kerajaan Johor menunjukkan sikap terhadap pentadbiran kerajaan pusat yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Taqiuddin yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, beberapa langkah perlu diambil kerajaan sebelum memutuskan untuk menerima PATI.

“Kerajaan perlu membuka peluang terlebih dahulu (kepada pekerja tempatan), bukan terus memberikan pandangan bahawa kerja untuk PATI itu tidak relevan untuk rakyat Malaysia.

“Isikan dahulu peluang tersebut dengan rakyat negara kita. Sekiranya ada lebihan barulah difikirkan untuk memberi peluang kepada pekerja asing.

Advertisement

“Tindakan itu sekurang-kurangnya dapat membantu ekonomi rakyat negara ini dalam meneruskan kehidupan mereka yang semakin terhimpit ketika ini.

“Kerajaan Johor perlu menunjukkan sikap bahawa tindakan mengutamakan PATI itu tidak menggambarkan sikap mengutamakan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top