BM | EN | 中文

Kerajaan Johor perlu libatkan pelbagai NGO, individu untuk bantu rakyat

Rozita-Abdul.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JUL: Kerajaan Johor dicadang untuk mengiktiraf dan melibatkan mana-mana badan atau individu yang ingin bersama dalam membantu rakyat sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika ini.

Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Rozita Abdul berkata pengilbatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu dapat melancarkan agihan bantuan kepada orang ramai.

Selain itu katanya, kerjasama kerajaan dan golongan itu boleh dijadikan pusat data untuk agihan bantuan.

Advertisement

“Memang wujud bantuan secara bertindih. Itulah pentingnya kerajaan bersama NGO dan individu ini dalam menjayakan misi bantuan.

“Kita pun kena faham, pembukaan gerobok makanan itu perlulah bersasar di mana ianya mestilah mudah diakses oleh mereka yang betul-betul memerlukan.

“Selain itu kita juga boleh menggunakan data dari Baitulmal untuk mengenal pasti golongan yang kurang berkemampuan untuk didahulukan.

Advertisement

“Apa yang dikhuatiri adalah bantuan bertindih sekiranya agihan secara terpisah seperti yang terjadi hari ini,” ujarnya.

Dalam pada itu Rozita berharap kerenah birokrasi dapat dikurangkan dalam usaha pemberian bantuan terhadap mereka yang terjejas.

“Tahap birokrasi juga perlu dikurangkan. Seperti dilakukan ‘food bank’ dan NGO mahupun individu, mereka tidak menetapkan syarat untuk mengisi borang dan sebagainya sehingga menyusahkan penerima mendapatkan bantuan.

Advertisement

“Perkara ini perlu diteliti oleh kerajaan.

“Apa yang pasti gabungan antara kerajaan dengan mana-mana golongan akan merancakkan lagi bantuan secara bersasar melalui maklumat yang diperolehi,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top