BM | EN | 中文

Kerajaan Johor perlu libatkan Adun PH dalam jawatankuasa strategik

aminolhuda-10.jpg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 22 OGOS: Kerajaan Johor digesa untuk melibatkan 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan dalam jawatankuasa strategik bagi usaha memulihkan negeri yang kini berdepan pandemik Covid-19 .

Ketua Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hassan berkata, kepimpinan merupakan elemen terpenting di dalam memacu kesejahteraan rakyat dan negara, lebih-lebih lagi dalam keadaan negara berperang dengan pandemik Covid-19 .

Susulan itu katanya, semua pihak perlu dilibatkan dalam usaha kerajaan negeri memerangi Covid-19 dan memulihkan negeri dari bencana yang disebabkan Covid-19, demi kesejahteraan seluruh rakyat negeri Johor.

Advertisement

“Parit Yaani ingin menyarankan agar ADUN-ADUN Pakatan Harapan diberikan peruntukan yang sama seperti ADUN kerajaan dalam usaha ini.

“Mereka juga perlu dilibatkan sama dalam sebarang jawatankuasa strategik untuk menangani dan memulihkan negeri Johor dari Covid-19.

“Pengalaman mengajar kita, jangan sesekali pemimpin atau sekumpulan pemimpin membuat sesuatu tindakan di luar dari harapan sebahagian besar rakyat.

Advertisement

“Kebahagian sebuah negara boleh diumpamakan dengan kehidupan sebuah rumahtangga yang harmoni.

“Jika ayah dan ibu sentiasa bergaduh, semestinya rumah tangga berkenaan tidak boleh bertahan lama,” kata Aminolhuda pada ucapan perbahasan menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibnu Almarhum Sultan Iskandar, hari ini.

Adun Parit Yaani itu turut mengingatkan dewan dan kakitangan kerajaan bahawa keharmonian, keselamatan dan kesejahteraan sesebuah negara amat bergantung kepada watak seorang pemimpin atau kumpulan pemimpin.

Advertisement

Katanya, akhlak pemimpin yang mulia akan menjadikan negara kita dilihat oleh peringkat antarabangsa sebagai negara yang boleh diberikan kepercayaan untuk melabur, berniaga dan berurusan.

Beliau turut memetik firman Allah yang bermaksud ,”baldatun toibatul warobbulraful”

“Tiada rasuah, tiada pecah amanah, tiada duit bawah meja, duit atas meja , tiada projek ni kau punya,ni aku punya, dan tiada ‘scheme of thing”

Advertisement

“Semua agama menyeru kepada kebaikan, menggalakkan manusia hidup dalam keadaan aman dan saling hormat menghormati sesama insan, apatah lagi Islam yang sangat mementingkan keperibadian pemimpin yang boleh membawa manusia kepada mentaati perintah Tuhan.

“Sebagai seorang Islam ingin saya jelaskan di dalam dewan yang mulia ini, antara sifat yang wajib ada pada seorang nabi adalah siddiq, amanah, tabliq dan fatonah yang sepatutnya menjadi ikutan kepada setiap pemimpin yang beragama Islam supaya keperibadian pemimpin itu tidak menjadi alasan pihak yang tidak suka kepada pemimpin tersebut mengaitkannya dengan agama yang dianutinya,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top