BM | EN | 中文

Kerajaan Johor perlu bangunkan aplikasi digital, bantu pasar produk tempatan

YB-Sheikh-Omar-Bagharib-Ali-822x617.jpeg.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 DIS: Kerajaan negeri Johor perlu memulakan inisiatif untuk membangunkan aplikasi digital bagi membantu pemasaran produk tempatan Johor kata Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Beliau pada perbahasan belanjawan Johor 2021 berkata, melalui langkah itu ia bukan hanya mampu menjadi pusat sehenti digtial bagi pengkalan data pasaran tempatan, tetapi juga dapat menyebar luaskan kegiatan mikro-ekonomi negeri.

“Agenda digitalisasi mampu membantu industri kecil dan sederhana untuk memasarkan produk yang dihasilkan. Selain menjimatkan kos pengurusan sesebuah perniagaan, ia juga mempunyai capaian yang lebih meluas.

Advertisement

“Sebagai contoh, peniaga kopi Muar 434 yang sebelum ini mungkin hanya memasarkan produk mereka di pasar tani tempatan, mampu untuk meluaskan pemasaran ke serata negara bahkan ke seluruh rantau Asia Tenggara dengan bantuan platform digital.

“Perlu kita ingat, kualiti kopi hasil pertanian bumi Johor tidak kalah daripada segi kualiti jika dibandingkan dengan benih kopi antarabangsa,” katanya.

Tambahnya usaha kerajaan Johor mensasarkan pembangunan sektor pertanian sebagai langkah meningkatkan keupayaan ekonomi negeri, namun faktor kebolehpasaran produk pertanian bergantung kepada sejauh mana platform digital dimanfaatkan.

Advertisement

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga perlu memberikan perhatian memperhebat polisi ‘Satu Daerah Satu Industri’ yang sudah sedia dilaksanakan di negeri Johor.

Katanya, jika digitalisasi dijjadikan agenda utama kerajaan negeri, ia akan memperluaskan pasaran produk dan bukan hanya terhad di negeri Johor.

Kata bekas Exco Usahawan dan Koperasi itu, usaha memperbesarkan pasaran merupakan pra-syarat utama bagi menjayakan polisi ‘Satu Daerah, Satu Industri’.

Advertisement

“Ini mampu dicapai dengan mengoptimumkan pengunaan ‘digital platform’,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top