BM | EN | 中文

Kerajaan Johor perlu agih kit ujian Covid-19, adakan PPV Bergerak ke luar bandar

gmbr-fail-jimmy-puah.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 7 OGOS: Kerajaan negeri perlu mewujudkan program bagi mempercepatkan pengedaran kit ujian kendiri Covid-19 kepada rakyat Johor, kata Adun Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse.

Kata Jimmy, beliau sendiri telah memulakan inisiaitf bagi membuat ujian saringan besar-besaran melalui edaran kit ujian kendiri dengan tumpuan kepada golongan B40 di kawasan DUN Bukit Batu.

“Kerajaan ada sebut nak buat tapi sampai sekarang saya masih tidak nampak apa-apa usaha yang konkrit.

Advertisement

“Saya tidak boleh tunggu, justeru atas initiatif pejabat saya sendiri, saya telah mula edarkan kit ujian kepada golongan B40 di DUN Bukit Batu.

“Menjelang hujung minggu ini saya sasar hampir 1,000 keluarga di DUN saya akan menerima kit ujian ini secara percuma kerana harga sekarang masih agak tinggi bagi golongan sasaran ini.

“Harap kerajaan boleh membuat sesuatu untuk mencepatkan mengedarkan kit ujian kepada rakyat Johor,” kata Jimmy dalam perbahasan menjunjung kasih DYMM Sultan Johor pada sidang Dewan Negeri Johor baru-baru ini.

Advertisement

Dalam pada itu Jimmy turut menggesa kerajaan negeri menambah inisiatif pusat pemberian bergerak (PPV) ke kawasan luar bandar bagi meningkatkan kadar imunisasi di Johor.

“Hari ini jumlah jangkitan di Malaysia melebihi 1.8 juta dengan kematian lebih 18,000. Mangsa-mangsa ini bukan sekadar angka atau statistik saja.

“Kadar vaksinasi di Johor masih rendah, tetapi saya mengakui memang ada peningkatan terutamanya mulai bulan ini dan teguran daripada Tunku Mahkota Johor.

Advertisement

“Harap kerajaan boleh memberi kemaskini terbaru jumlah vaksin yang telah sampai dan pengedarannya daripada 2 juta vaksin yang diumumkan kerajaan pusat awal Ogos lepas.

“Saya juga harap kerajaan boleh hantar lebih PPV bergerak ke kawasan desa,” kata Jimmy lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top