BM | EN | 中文

Kerajaan Johor perlu adakan sidang DUN – Adun Jementah

gmbr-fail-tan-chen-choon.jpg

Adun Jementah, Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 1 JUL: Adun Jementah, Tan Chen Choon menggesa kerajaan Johor mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membincangkan isu yang dihadapi rakyat dan memainkan peranan semak-imbang terhadap polisi yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Tan berkata, kerajaan negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) perlu mengadakan sidang agar tidak dilihat ‘memperlekehkan sistem politik demokrasi’.

“Sehingga kini Dewan Negeri Johor yang melibatkan usul perbahasan dan soalan daripada ahli-ahli dewan untuk dijawab oleh ahli-ahli Exco kerajaan tidak pernah diadakan.

Advertisement

“Keadaan sebegini adalah tidak sihat kepada perkembangan sistem demokrasi negara kita dan ia perlu diperbetulkan segera,” kata Tan dalam satu kenyataan semalam.

DUN Johor bersidang pada 1 Disember 2019 bagi membincangkan Bajet 2020 Negeri Johor.

Manakala Pembukaan Rasmi Penggal Ketiga Dewan Negeri Johor yang ke-14 pada 14 Mei 2020 untuk memenuhi peruntukan Perlembagaan Negeri Johor yang menyatakan mesyuarat Dewan Negeri tidak boleh berhenti selama lebih daripada enam bulan.

Advertisement

Tan berkata, ahli-ahli dewan dipilih oleh rakyat pada pilihanraya adalah untuk mewakili dan membawa suara mereka dan Dewan Negeri adalah pentas paling utama untuk menjalankan tugas tersebut.

“Kerajaan PN Johor tidak harus menggunakan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk melewatkan mesyuarat Dewan Negeri dan sekaligus memperlekehkan sistem demokrasi negara kita,” katanya.

Tambah Tan apa yang penting adalah kerajaan mengenakan operasi prosedur standard (SOP) yang selamat semasa bermesyuarat seperti dilakukan pada sidang Dewan Negeri pada 14 Mei.

Advertisement

“Tidak ada masalah untuk mengadakan mesyuarat Dewan Negeri sekiranya SOP yang selamat diadakan. Sehingga kini pun tiada sebarang kes positif Covid-19 kerana mesyuarat Dewan Negeri tersebut.

“Tambahan, Majlis Keselamatan Negara juga telah membuat keputusan bahawa mesyuarat yang tidak melebihi 250 orang boleh diadakan dan mesyuarat Dewan Parlimen juga akan diadakan pada 13 Julai 2020,” ujarnya lagi,

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top