BM | EN | 中文

Kerajaan Johor peka dengan masalah dihadapi rakyat – Menteri Besar

Dr-Ir-Hasni-Mohammad.jpg

Datuk Ir Hasni Mohammad (Gambar Fail)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 APR: Kerajaan Johor merupakan sebuah kerajaan yang bersifat responsif bergantung kepada situasi semasa dan bukan sebuah kerajaan yang statik semata-mata.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaannya bukanlah sebuah kerajaan yang tidak peka dengan permasalahan dihadapi rakyat.

“Kerajaan negeri sedar situasi dan kesukaran yang dihadapi masyarakat negeri ini ekoran pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Advertisement

“Sehubungan itu, pelbagai inisiatif telah diambil sejak tahun lalu seperti pemberian rebat cukai tanah sebanyak 15 peratus pada tahun 2020, 10 peratus pada tahun ini dan lima peratus pada tahun 2022.

“Antara inisiatif lain termasuklah sumbangan kepada petugas barisan hadapan, pemain sektor pelancongan, golongan pemandu bas dan teksi dan lain-lain,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Bandar Cemerlang, Ulu Tiram, di sini semalam.

Advertisement

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil.

Sementara itu, berhubung program berkenaan, Hasni memberitahu pihaknya komited untuk menjayakan agenda perumahan yang berhasrat untuk membina 150,000 rumah mampu milik untuk keperluan penduduk negeri ini.

“Agenda Perumahan merupakan elemen penting yang perlu dilaksanakan kerajaan negeri, malahan menerusi Belanjawan Negeri 2021, agenda ini termasuk dalam Agenda Infrastruktur Johor.

Advertisement

“Walaupun dalam situasi yang mencabar seperti sekarang, usaha pembinaan rumah mampu milik perlu diteruskan agar keperluan perumahan ini berjaya,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top