BM | EN | 中文

Kerajaan Johor pandang serius kemerosotan pasaran pelancongan akibat Covid-19 

IMG-20200221-WA0018.jpg

Cai Tung (enam, kanan) berjumpa dengan para pemain industri dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan industri pelancongan.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 FEB : Kerajaan Negeri Johor telah mengambil langkah proaktif untuk berjumpa dengan para pemain industri dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan industri pelancongan.

Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Liow Cai Tung berkata, langkah itu diambil berikutan kemerosotan pasaran pelancongan sejak penularan wabak koronavirus (Covid-19) awal tahun ini.

Menurutnya, semasa berjumpa dengan pelbagai pihak berkaitan, beliau turut mendengar luahan dan cadangan dari pemain industri untuk mencari strategi dan pendekatan yang terbaik untuk menangani kesan yang dibawa oleh Covid-19.

Advertisement

“Pasaran pelancongan antarabangsa mahupun domestik memang terjejas bukan sahaja di Malaysia tapi secara global.

“Kerajaan Negeri Johor memandang serius terhadap perkara ini kerana ia membawa impak kepada industri pelancongan negeri Johor.

“Menurut Malaysian Association of Hotels (MAH), Johor telah merekodkan sebanyak
15,808 pembatalan tempahan bilik hotel dengan kerugian RM5.4 juta setakat 17 Februari 2020,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Beliau yang juga ADUN Johor Jaya berkata, majoriti pelancong yang membatalkan tempahan adalah dari negara China, diikuti dengan Malaysia, Singapura, Taiwan, Korea dan Hong Kong.

Tambahnya, sehubungan dengan itu, satu sesi townhall “Tourism Recovery Action Committee” (TRAC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Johor, Tourism Johor dan agensi-agensi di bawah MOTAC Johor akan dianjurkan.

“Sesi townhall itu bakal diadakan pada 23 Februari 2020, Ahad jam 2 petang di Fraser Place Puteri Harbour bagi memaklumkan perkembangan terkini serta pelan strategi pelancongan kepada para pemain industri pelancongan.

Advertisement

“Program ini adalah inisiatif kerajaan pusat dan negeri untuk membantu memulihkan
industri pelancongan,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top