BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR PANDANG ISU TANAH TERBIAR SECARA KOMPREHENSIF

tan-chen-choon-3.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Kerajaan Johor memandang isu tanah terbiar secara komprehensif dengan menganbil kira punca timbulnya isu berkenaan sebagai faktor utama.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, antara faktor yang dikenalpasti adalah kedudukan tanah yang jauh daripada tempat kediaman dan tanah dimiliki ramai pemilik dalam satu geran.

Selain itu, antara faktor lain adalah lokaliti dan rupa bentuk bumi tanah selain kemampuan pemilik menyediakan modal bagi mengusahakan tanah dan pelbagai faktor lain.

Advertisement

“Kerajaan Johor sentiasa mengambil perhatian serius terhadap cadangan berhubung tanah-tanah terbiar yang mempunyai potensi untuk dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

“Tidak dinafikan bahawa Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 memperuntukkan pemilik tanah bukan sahaja perlu mematuhisyarat-syarat nyata tanah yang terzahir di dalam dokumen hak milik (geran), malah perlu juga mematuhi syarat-syarat tersirat (implied conditions) seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 115, 116 dan 117,” kata Tan.

Tambah Tan, rumah atau tanah terbiar selalu mendatangkan masalah antaranya seperti, semak samun yang tumbuh boleh mengakibatkan kebakaran semasa musim kemarau

Advertisement

Selain itu, hidupan liar seperti ular dan biawak wujud dan membawa bahaya kepada jiran tetangga selain pokok tua usang yang jatuh semasa hujan lebat akan menghalang pengguna-pengguna jalan.

“PBT akan menjalankan tindakan berdasarkan Seksyen 80,81,82, 83 dan 84 dalam Akta kerajaan tempatan 1976,” kata Tan dalam jawapan.

Beliau berkata demikian dalam menjawab soalan Gan Pek Cheng (PH-Penggaram) berkenaan tanah dan rumah terbiar yang menganggu kesejahteraan di kawasan kejiranan, di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Advertisement

Sementara itu, dalam soalan tambahan oleh Tan Hong Pin (PH-Skudai) bagi cadangan mengambil tindakan melucuthak geran pemilik tanah keatas tanah terbiar Tan berkata, setiap geran tanah ada syarat kegunaan yang telah ditetapkan.

“Kerajaan negeri tidak boleh mengambil tindakan tergesa-gesa. Sebarang tindakan melucut hak-hak milik pemilik tanah mesti mengikut lunas undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara,” kata Tan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top