BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR KOMITED BANTU USAHAWAN INDUSTRI MIKRO

gmbr-fail-syeikh-omar.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 26 NOV : Kerajaan negeri komited dalam membantu usahawan-usahawan industri mikro untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan perniagaan secara dalam talian.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, antara inisiatif dilakukan kerajaan dalam merakyatkan ekonomi digital melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Antaranya melalui program e-Usahawan yang bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital kepada usahawan mikro, desa dan belia untuk menjana pendapatan secara digital, memasarkan produk dan meningkatkan jualan.

Advertisement

“Inisiatif ini dilaksanakan melalui pembelajaran dan latihan kurikulum keusahawanan serta disokong oleh rangkaian lebih 2,000 pelatih dan lebih 600 pusat latihan di seluruh negara, melibatkan kemudahan-kemudahan awam seperti Pusat Internet Desa (PID), Pusat Internet, serta pusat pembelajaran sepanjang hayat di kolej-kolej TVET, Politeknik dan Institusi Pengajian Awam.

“Sejak Januari 2016 sehingga September 2019, sebanyak lebih 24 institusi pengajian serta lebih 400 kampus di seluruh negara telah menawarkan kursus dan subjek berkaitan kepada pelajar, mencatatkan pencapaian seramai 145,901 pelajar telah dilatih dan 63,581 daripadanya telah berjaya menjana pendapatan tambahan di dalam talian dengan jumlah terkumpul sebanyak RM52.54 juta,” katanya.

Sheikh Umar (PH-Paloh) menjawab soalan Ee Chin Li (PH-Tangkak) di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Chin Li bertanya apakah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat terutama usahawan industri mikro untuk melibatkan diri dengan perniagaan secara dalam talian.

Sheikh Umar berkata, program berkenaan juga dijalankan dalam bentuk kursus jangka pendek kepada usahawan mikro menerusi rangkaian pelatih dan pusat-pusat latihan di seluruh negara agar dapat memberi pengetahuan tambahan tentang pemasaran dan perniagaan dalam talian.

Katanya, ia sekaligus menjadikan usahawan mikro lebih berdaya saing dan mendapat pendedahan untuk meneroka pasaran baru serta teknik pemasaran yang efektif di dalam talian.

Advertisement

“Kemahiran yang diterapkan ini mampu membantu usahawan mikro mendapat permintaan yang lebih menggalakkan serta meningkatkan jualan berbanding kaedah pemasaran konvensional.

“Sepanjang tahun 2015 sehingga 2019, seramai 155,626 usahawan mikro telah menjalani kursus ini dan dicatatkan seramai 42,935 daripadanya berjaya menjana pendapatan tambahan di dalam talian dengan jumlah terkumpul sebanyak RM480 juta.

“Selain dari program e-Usahawan, program Perkhidmatan e- Dagang Setempat juga merupakan satu kolaborasi antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan MDEC, telah dilancarkan untuk beroperasi di Pusat Internet Desa terpilih di seluruh negara,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top