BM | EN | 中文

Kerajaan Johor komited bantu dan perkasa OKU

Liow-Cai-Tung-tengah-menyampaikan-sumbangan-kepada-salah-seorang-penerima-yang-tidak-mampu-berjalan-memasuki-dewan-majlis..jpg

Liow Cai Tung (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima yang tidak mampu berjalan memasuki dewan majlis

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 DIS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM12.82 juta kepada seramai 26,401 penerima terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) sepanjang tahun 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, bantuan itu membabitkan beberapa keperluan golongan terbabit.

Menurut beliau, antaranya adalah Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Bekerja, Elaun Khas OKU di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan sebagainya.

Advertisement

“Sementara itu, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) melalui Unit Pembangunan OKU pada tahun ini telah mengadakan kursus seperti baik pulih gajet, urutan dan penjagaan kediaman melibatkan seramai 50 peserta.

“Melalui program ini, seramai lima orang OKU telah berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jejak @ MARI Golongan Sasar OKU yang diadakan di Dewan Taman Molek, di sini hari ini.

Advertisement

Antara produk yang dijual pengusaha OKU sempena program Jejak @ MARI Golongan Sasar OKU di Dewan Taman Molek

Tambahnya, YPKDT juga telah menyerahkan bantuan peralatan kepada sepuluh penerima golongan OKU dalam usaha membantu mereka menjana pendapatan lebih baik.

Sementara itu, Cai Tung turut memberitahu, bagi tahun 2020, YPKDT akan memberi tumpuan kepada penganjuran kursus yang mempersiapkan golongan OKU dalam mencari pekerjaan.

“Antara kursus tersebut adalah perusahaan dobi, bakeri dan pastri, baik pulih gajet dan baik pulih komputer.

Advertisement

“Diharapkan program seperti ini akan dapat melahirkan lebih ramai OKU yang berdaya saing dan mampu terlibat secara langsung dalam meningkatkan ekonomi negara,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top