BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR KAJI KEPERLUAN LALUAN BAS MUAFAKAT DI PANTAI TANJUNG BULOH

Tg-Buloh-Sedili-Kechil-Kota-Tinggi-Johor.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 5 DIS : Kerajaan negeri akan berbincang dengan Pihak Bekuasa Tempatan (PBT) Pengerang dan Pejabat Daerah Kota Tinggi mengenai keperluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor di laluan Pantai Tanjung Buloh, Tanjung Sedili.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya akan melihat terlebih dahulu kesesuaian kemudahan itu diletakan di kawasan rekreasi yang baru dibangunkan tersebut.

“Kita akan bincang dengan PBT Pengerang dan pihak pejabat daerah sama ada sesuai atau tidak bas itu sampai ke sini.

Advertisement

“Insya-Allah laluan Pengerang Kota Tinggi memang sudah ada tapi untuk sampai ke sini nanti kita akan lihat keperluan dan akan pertimbangkannya,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Pelancongan 2030 dan Perasmian Pantai Tanjung Buloh di Pantai Tanjung Buloh, Mukim Sedili Kechil, hari ini.

Terdahulu, Dr Sahruddin dalam ucapannya juga menyatakan keyakinan bahawa Pantai Tanjung Buloh itu bakal menjadi salah satu lokasi pelancongan ikonik di kawasan Pengerang.

Advertisement

“Saya ingin mengucapkan syabas kepada PBT Pengerang atas inisiatif menaiktaraf dan membangunkan kawasan Pantai Tanjung Buloh, Mukim Sedili Kechil ini.

“Walaupun kedudukan pantai ini agak jauh, namun saya percaya usaha yang dilakukan oleh PBT Pengerang ini akan mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat.

“Pemasangan lampu solar, penyediaan tong sampah kitar semula, laluan pejalan kaki mesra pengguna dan ruang niaga komprehensif bukan sahaja mampu menjadi tarikan orang ramai ke pantai ini, malah meningkatkan produktiviti di Mukim Sedili Kechil,”katanya lagi.

Advertisement

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelncongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung berkata, pelancaran pembukaan pantai tersebut dilihat tepat pada masanya sempena tahun melawat Johor.

“Selain kehadiran pelancong antarabangsa, kehadiran pelancong domestik juga amat penting.

“Pantai ini amat unik. Kita tidak dapat lihat di pantai lain yang mesra orang kurang upaya (OKU).

Advertisement

“Saya anggap ia sebagai satu kelebihan. Antara kemudahan OKU di sini ada laluan khas OKU yang boleh sampai ke pantai,”katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top