BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR HARGAI PERANAN BADAN SUKARELAWAN

cai-tung.jpg
Advertisement

TANGKAK, 10 SEPT: Seramai 685 orang telah berdaftar menjadi sukarelawan kebajikan di seluruh negeri ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung.

Katanya, daripada keseluruhan jumlah berkenaan, 25 daripadanya adalah sukarelawan kebajikan Tangkak.

Justeru itu kata Cai Tung, penglibatan masyarakat untuk bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) dalam menjayakan aktiviti sukarelawan amat dihargai.

Advertisement

“Sumbangan tenaga, masa dan kepakaran yang diberikan adalah tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan sukarelawan kebajikan adalah membantu mangsa bencana, gotong-royong, penglibatan dalam program-program jabatan dan perkhidmatan Home Help,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Road Show Mesra Aktiviti Ria/Riadah Informatif Daerah Tangkak 2019 di Dewan Jubli Intan, di sini, hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu Adun Johor Jaya itu berkata, Program Home Help Services menyediakan perkhidmatan sokongan sosial kepada klien seperti warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Mereka ini telah diberi latihan secukupnya. Perkhidmatan ini diberikan kepada terutamanya mereka yang tinggal bersendirian atau bersama ahli keluarga yang memerlukan bantuan dan sokongan sosial,” katanya.

Tambah Cai Tung, kerajaan telah menyalurkan sejumlah peruntukan untuk memastikan klien dapat meneruskan hidup dengan sewajarnya.

Advertisement

“Kerajaan telah menyalurkan bajet sebanyak RM310,340 pada tahun 2016 untuk membantu seramai 341 klien, RM343,176 pada tahun 2017 untuk 369 klien serta RM366,120 membabitkan 452 klien pada tahun lalu.

“Sejumlah RM431,020 diperuntukkan kepada seramai 453 klien yang dibantu oleh 113 petugas sukarelawan pada tahun ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top