BM | EN | 中文

Kerajaan Johor ‘goyang’

kota-iskandar-bangunan-dun-johor.png

Gambar Ehsan Flickr / Mie Abdullah

Advertisement

LEDANG, 12 OGOS: Berikutan pengumuman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu dan mendapat sambutan menggalakkan dari akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kerajaan Johor dijangka ‘goyang’

Asim Abdullah

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Asim Abdullah berkata, terdapat beberapa Adun di Johor yang merupakan penyokong kepada Tun Mahathir.

Katanya, perkara itu pastinya menjadi perhatian sekiranya Adun-Adun berkenaan menunjukkan sikap cenderung keluar dari Bersatu dan bersama-sama parti baharu Tun tersebut.

Advertisement

“Di Johor, beza (DUN) hanya dua kerusi. Sekiranya hanya satu sahaja Adun dari Bersatu mengeluarkan kenyataan menyokong Tun untuk parti baharu tersebut, pastinya kerajaan Johor akan goyang.

“Kita semua maklum ada di kalangan Adun di Johor yang sebelum ini berpendirian menyokong bekas perdana menteri tersebut.

“Ada suara-suara yang mula kuat didengari dari sumber, wujud Adun dari Bersatu yang mulai untuk meninggalkan parti mereka.

Advertisement

“Ini membuatkan kerajaan Johor hari ini terlalu rapuh dan goyang. Ianya tidak stabil dan perkara ini dijangka akan dirasai apabila tertubuhnya parti baharu tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Asim turut mempersoalkan pendirian Adun Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi berhubung maklumat bahawa Bersatu di bahagian Kulai lumpuh.

“Saya ingin bertanya kepada Adun Bukit Permai yang terletak di bawah Parlimen Kulai. Apakah pendirian beliau bila melihat bahagian Kulai lumpuh semalam?

Advertisement

“Tosrin harus mengeluarkan kenyataan berkenaan pendiriannya yang mula disangsikan apabila melihat keadaan di bahagian Kulai semalam dimaklumkan menyatakan pendirian untuk keluar parti secara beramai-ramai.

“Ini adalah suatu yang tidak baik bagi kestabilan sebuah kerajaan yang dibina atas dasar ‘rampasan kuasa’,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top