BM | EN | 中文

Kerajaan Johor garis kaedah laluan pantas bagi isu cukai tanah – Exco

IMG-20200111-WA0029.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 11 JAN: Kerajaan Johor menggariskan beberapa kaedah bagi menyelesaikan kenaikan mendadak bayaran cukai tanah terutama membabitkan status tanah bersyarat sekatan kepentingan (NIL/Tiada).

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, pihaknya telah mencapai kata sepakat bagi melaksanakan kaedah pantas (fast track) berhubung perkara tersebut.

“Rintihan rakyat berhubung pelaksanaan kadar cukai tanah baharu telah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 8 Januari lalu.

Advertisement

“Sebagai pencerahan, pelaksanaan laluan pantas bagi permohonan mengenakan syarat daripada status NIL/tiada kepada kategori kegunaan sebenar membabitkan bangunan kediaman, komersial, industri dan pertanian sebagaimana perincian berikut:

– Permohonan perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sekiranya dokumen yang dikemukakan lengkap.

– Pemilik tanah tidak perlu membayar cukai terlebih dahulu semasa permohonan mengenakan syarat secara fast track.

Advertisement

– Pemilik tanah hanya perlu membayar cukai tanah syarat semasa selepas permohonan tukar status NIL diluluskan.

– Pemilik tanah boleh mengemukakan permohonan mengenakann syarat kepada pentadbir tanah daerah tanpa melantik juruukur berlesen.

Dalam pada itu kata Tan, kerajaan Johor juga telah mewakilkan kuasa meluluskan permohonan mengenakan syarat daripada NIL/Tiada kepada kategori kegunaan sebenar secara di bawah kaedah laluan pantas kepada pentadbir tanah daerah.

Advertisement

“Oleh itu, pemilik tanah yang berhasrat untuk berbuat demikian boleh mengemukakan permohonan mereka di pejabat tanah daerah.

“Manakala, sebarang permohonan yang diluluskan setelah notis 7G dikemukakan memerlukan pemilik tanah menjelaskan bayaran premium dan lain-lain dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh notis dikeluarkan.

“Untuk makluman, kaedah laluan pantas ini akan dilaksanakan sehingga 31 Mac 2020 nanti,” ujarnya.

Advertisement

Sehubungan itu pihaknya menggesa pemilik tanah untuk mengemukakan permohonan dengan segera di pejabat tanah berhampiran bagi menukar status tanah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top