BM | EN | 中文

Kerajaan Johor disaran terus fokus bangunkan ekonomi rakyat – Aminolhuda

gmbr-fail-aminolhuda.jpg

ISKANDAR PUTERI, 15 SEPT: Ketua Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hassan mencadangkan agar kerajaan Johor terus memberikan penekanan yang khusus kepada ekonomi rakyat di negeri ini.

Beliau dalam ucapan penangguhan sidang DUN yang lalu memohon agar kerajaan mempertimbangkan untuk menambahkan peruntukkan kepada program ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ dari RM 600,000 kepada RM 6 juta.

Turut disentuh adalah cadangan menaikkan peruntukan khusus kepada Adun agar ia dapat dikembalikan kepada rakyat.

“Isu kekurangan pendapatan bagi mereka yang bekerja sendiri, pemotongan gaji bagi mereka yang bekerja swasta bahkan ada yang kehilangan pekerjaan kerana wabak Covid 19 yang melanda dunia sekarang ini.

“Peruntukkan kepada Adun itu juga harus diberikan kepada semua Adun. Bukan sahaja kepada Adun kerajaan tetapi ianya termasuk dari Adun pembangkang sesuai dengan peranan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada wakil-wakil mereka.

“Kita maklum sebelum ini kerajaan telah mewujudkan beberapa inisiatif terhadap rakyat yang terkesan akibat Covid 19.

“Namun pada masa yang sama kita semua menyedari bahawa terdapat golongan yang tercicir dari menerima sebarang sumbangan yang diperuntukkan kepada mereka,” katanya.

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani berkata tekanan ekonomi yang berlaku keatas rakyat menyebabkan Pakatan Harapan (PH) menyokong rundingan yang dibawa Menteri Besar Johor mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor.

Tambahnya kerajaan negeri perlu bersungguh-sungguh dalam membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan serta mendapatkan maklumat dan rekod terperinci mereka yang terkesan dari agensi-agensi dan jabatan.

“Kerajaan tidak seharusnya mendiamkan diri dan membiarkan perkara ini menjadi barah sehingga rakyat hari ini terpaksa melakukan kerja-kerja yang melanggar undang-undang demi sesuap nasi akibat dari kehilangan punca pendapatan.

“Adakah kerajaan hari ini sedar betapa seriusnya perkara ini? Atau memang kerajaan hanya mendiamkan diri sahaja selepas agenda merampas kerajaan mereka telah berjaya dilakukan dan rakyat hanya dipermainkan dengan duit gula-gula bila tiba masa musim pilihanraya.

“Rakyat memerlukan pemimpin yang ikhlas dalam isu ini untuk kesinambungan kehidupan mereka. Bukan seorang tukang karut yang hanya pandai bermain wayang kulit menceritakan soal bangsa dan agama.

“Saya menyeru agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu serius dalam menangani masalah ini,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top