BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR DISARAN GUBAL DASAR DORONG PENURUNAN HARGA BARANGAN

Ir-Khairuddin-A-Rahim.jpg

Khairuddin A Rahim

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Kerajaan Johor disarankan agar menggubal dasar yang boleh mendorong harga barangan keperluan harian diturunkan.

Saranan itu dinyatakan Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim dalam perbahasan Belanjawan Johor 2020 pada sidang Dewan Negeri (DUN) Johor baru-baru ini.

Beliau mengemukakan beberapa langkah agar pihak kerajaan mampu mengawal serta menurunkan harga barangan harian bagi keperluan rakyat di negeri ini.

Advertisement

Antaranya, cadangan agar semua permit import (AP) barang makanan dihapuskan secara berperingkat supaya rakyat dapat membeli barang keperluan dengan harga  ditentukan pasaran bebas, bukan syarikat pemegang AP.

“Terdapat syarikat pemegang AP hanya mengambil untung dengan menjual kuota AP yang mereka miliki kepada peniaga-peniaga tulen lain.

“Saya juga mencadangkan agar kerajaan negeri membuat dasar seperti mensyaratkan semua pemilik tanah mesti membangunkan tanah mereka dari segi bercucuk tanam.

Advertisement

“Pemilik tanah terbiar mungkin dikenakan denda supaya sekiranya mereka tidak mampu membangunkan sendiri, mereka boleh menyewakan kepada pihak lain atau menjualnya,” kata Khairuddin dalam perbahasan di sidang DUN.

Beliau turut menggalakkan kerajaan negeri agar mengadakan kempen-kempen yang berteraskan pertanian di seluruh negeri.

Selain itu, kerajaan disarankan agar proaktif dalam membantu rakyat untuk mengadakan tanaman mereka sendiri agar rakyat tidak terlalu bergantung kepada pasaran dan sekaligus ia dapat menghasilkan produk yang banyak untuk dijual.

Advertisement

“Sekiranya wujud golongan yang berminat, kerajaan dicadangkan agar membantu dengan bekalan benih, baja, peralatan seperti fitigasi atau hidrofonik untuk mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa.

“Selain itu bagi membantu mereka yang sudah mempunyai hasil tanaman, makhluk perosak seperti monyet dan perosak yang lain perlu dihapuskan kerana perosak ini banyak menghalang penduduk kampung untuk bercucuk tanam.

“Kerajaan perlu efektif dalam memastikan keberlangsungan bahan mentah ini dapat diperbanyakkan untuk melambakkan di pasaran agar harga yang tinggi hari ini dapat diturunkan untuk rakyat di negeri ini menikmatinya,” ucapnya lagi.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top