BM | EN | 中文

Kerajaan Johor diminta senaraikan kilang dibenar operasi dalam PKP

Perintah-Kawalan-Pergerakan-PKP.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 APR: Kerajaan Johor diminta menyenaraikan kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi di negeri ini dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Negeri Johor, Norhayati Bidin berkata, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan penduduk dan pekerja bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Norhayati Bidin

Katanya selain kerajaan negeri antara pihak bertanggungjawab adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang perlu memastikan kilang mahu beroperasi itu mematuhi kaedah operasi lazim (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Advertisement

“Senaraikan semua kilang-kilang yang beroperasi agar pemantauan mudah dijalankan oleh pihak berkuasa. Jangan perjudikan kesihatan dan keselamatan rakyat.

“Tindakan mencegah ini perlu seiring usaha yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membendung penularan wabak Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Norhayati berkata beliau tidak menafikan ‘kebenaran operasi’ industri asas penting untuk memastikan perniagaan tidak lumpuh atau berterusan menanggung kerugian.

Advertisement

Namun katanya, aspek keselamatan, kesihatan pekerja dan masyarakat sekeliling perlu dititikberatkan.

Norhayati turut mempersoalkan tahap kesiapsiagaan MITI, jabatan dan agensi berkaitan dalam memastikan majikan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Adakah keperluan yang betul disediakan oleh pihak majikan sekiranya mana-mana pekerja dijangkiti oleh wabak Covid-19 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Advertisement

“Jika operasi kilang itu diteruskan, adakah SOP keselamatan yang lebih ketat dilaksanakan?

“Apakah jaminan yang dapat diberikan kepada pekerja-pekerja bahawa mereka tidak akan dijangkiti oleh wabak tersebut? soalnya lagi.

Katanya kementerian dan majikan diingatkan agar mematuhi Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan Negara (OSHMP 2020) bukan sahaja dalam menerapkan budaya pencegahan (preventive culture) tetapi mengimplementasikan ‘budaya kerja sihat dan selamat’.

Advertisement

Semalam Adun Serom, Ir Dr Faizul Amri Adnan membangkitkan persoalan berhubung sebuah kilang yang dibenarkan operasi oleh MITI walaupun difahamkan awal bulan ini terdapat kes positif Covid-19 berlaku di kilang tersebut.

Katanya, permohonan kilang itu untuk beroperasi selepas disahkan ada kes positif Covid-19 pernah ditolak Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top