BM | EN | 中文

Kerajaan Johor diminta pertimbang diskaun bil air mangsa banjir

bersihkan-rumah-banjir-johor.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 14 JAN: Kerajaan Johor diminta menimbang pemberian diskaun bil air hingga 50 peratus kepada mangsa banjir berikutan penggunaan air yang banyak untuk mencuci kotoran lumpur di rumah atau premis mereka selepas bencana alam itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Lama Rosleli Jahari berkata pemberian diskaun itu dapat mengurangkan beban mangsa khususnya penduduk di sekitar DUN Johor Lama yang dilanda banjir sebanyak dua kali.

“Saya amat simpati dan memahami beban penduduk yang akan terkesan membayar bil air yang tinggi kerana digunakan bagi membasuh rumah dan kedai akibat dua kali dilanda banjir baru-baru ini.

Advertisement

“Di kawasan DUN Johor Lama, hampir 250 keluarga khususnya di Taman Aman, Taman Mawai, Kampung Makam, KampungTembioh serta pusat bandar Kota Tinggi mengalami banjir buruk disertai lumpur,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu beliau menyertai program gotong-royong pembersihan rumah mangsa banjir di Kampung Tembioh, di sini hari ini.

Rosleli turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan pembersihan rumah kepada lima ketua keluarga yang dilanda banjir.

Advertisement

Menurut beliau, isu banjir di kawasan DUN Johor Lama bukan perkara baharu dan sering kali berlaku setiap hujung atau awal tahun.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top