BM | EN | 中文

Kerajaan Johor diminta kaji semula cadangan lantik syarikat konsesi

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 7 DIS: Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad hari ini meminta Kerajaan Johor untuk mengkaji semula cadangan melantik syarikat konsesi membina semula 200 Jambatan Trafik Sederhana (MTB) di Johor.

Dalam kenyataan medianya, beliau memaklumkan Belanjawan Johor 2022 dinyatakan peruntukan sebanyak RM30 juta setahun disediakan bagi menggantikan (bina semula) 200 Jambatan MTB di seluruh Negeri Johor.

Katanya dalam kenyataan tersebut, peruntukan konsesi ini sebenarnya adalah RM150 juta untuk tempoh konsesi selama 5 tahun.

Advertisement

“Syarikat yang akan dilantik oleh kerajaan Johor adalah Infra Desa (Johor) Sdn. Bhd. (IDJSB). Sebelum ini IDJSB dilantik bersama Syarikat Teto Engineering Sdn. Bhd. (TESB) sebagai syarikat konsesi bagi menyelenggara, menaik taraf dan membina jalan kampung di Negeri Johor dibawah Program Membaikpulih Jalan-Jalan Kampung Pejabat Daerah (JKPD).

“Jambatan Trafik Sederhana atau Medium Traffic Bridge (MTB) adalah merupakan jambatan biasanya berkapasiti 5 tan terletak di kawasan pertanian di luar bandar khususnya bagi membawa hasil pertanian keluar ke bandar.

“Di Negeri Johor terdapat sebanyak 886 Jambatan MTB dan kesemuanya terletak dibawah penyelenggaraan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor,” katanya dalam kenyataan media tersebut.

Advertisement

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor turut memberikan beberapa persoalan yang perlu dijelaskan oleh kerajaan kepada rakyat Johor.

“Apakah rasional keputusan Kerajaan Johor melantik Syarikat IDJSB mengantikan semula 200 Jambatan MTB sedangkan pengalaman IDJSB sebelum ini adalah berkaitan dengan kerja penyenggaraan dan membina jalan kampung berbanding dengan JPS yang mempunyai kepakaran teknikal berkaitan dengan rekaan (design), menyelengara dan membina Jambatan MTB. Sudah tentu kos pembinaan akan meningkat tinggi terutama bila konsep ‘Design & Build’ digunakan dalam konsesi tersebut.

“Adakah kajian inventori forensik dijalankan bagi mengenalpasti status setiap Jambatan MTB samasa memerlukan kerja penyenggaraan, naik taraf atau dibina semula. Jambatan MTB biasanya mempunyai hayat ekonomi selama 50 tahun dan boleh dikatakan purata Jambatan MTB yang ada di Johor berusia 40 tahun. Ini bermakna Jambatan MTB di Negeri Johor masih mempunyai 10 tahun lagi hayat ekonominya.

Advertisement

“Jika dilakukan naik taraf Jambatan MTB dari 5 tan kepada 10 tan atau 15 tan maka status jalan yang sediada perlulah juga selaras dengan proses naik taraf Jambatan MTB.

“Jika ini berlaku maka proses perlebaran jalan perlu dilakukan dan ada kemungkinan akan melibatkan proses Pengambilan Balik Tanah.

“Saya mengharapkan biarlah konsesi membina semula 200 Jambatan MTB ini dilaksanakan berdasarkan kepada kepentingan rakyat dan bukannya diatas kepentingan pihak lain.

Advertisement

“Saya juga meminta kerajaan jika ingin meneruskan membina semula 200 Jambatan MTB ini maka tugas ini diserahkan kepada pihak JPS yang mempunyai pengalaman dan kepakaran teknikal dalam penyenggaraan, naik taraf dan membina jambatan berbanding dengan IDJSB.

“Daripada segi kos saya yakin jika dibawah JPS kos keseluruhannya dapat dikurangkan disamping peluang pekerjaan bagi kontraktor kelas G1 dan G2 akan lebih terjamin dan tidak berlaku permainan harga kontrak,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top