BM | EN | 中文

Kerajaan Johor diminta fikir semula keputusan pembalakan untuk tanam sawit di Mersing

DOE-hutan-tenggaroh-mersing.png
Advertisement

MERSING, 26 SEPT: Kerajaan Johor diminta untuk mempertimbangkan semula keputusan untuk membenarkan pembukaan kawasan baru melibatkan Hutan Simpan di Mukim Tenggaroh, Mersing bagi tujuan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.

Adun Skudai, Tan Hong Pin berkata, gesaan tersebut dibuat dengan mengambil kira nilai khazanah hutan simpan yang tiada galang ganti dan kawasan hutan itu wajar dikekalkan.

“Pihak kerajaan harus menawarkan penyelesaian rasional kepada pencadang untuk memanfaatkan kawasan tanah-tanah terbiar terlebih dahulu di seluruh pelusuk negeri Johor bagi tujuan penanaman kelapa sawit.

Advertisement

“Negeri Johor seharusnya bebas daripada sebarang aktiviti yang mengacau ganggu khazanah alam sekitar terutama terkait dengan hutan simpan,” kata Hong Pin dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga bekas Exco Sains dan Teknologi negeri Johor berkata, isu tersebut adalah serius dan menggesa kerajaan Persekutuan dan negeri Johor mempertimbangkan dengan cermat cadangan pembalakan dan penanaman kelapa sawit di kawasan tersebut.

Baru-baru ini tular di laman media sosial oleh kumpulan aktivis alam sekitar mengenai sebuah kawasan hutan simpan seluas lebih 2,2454 hektar di Mukim Tenggaroh, Mersing bakal digondolkan bagi memberi laluan kepada pembalakan dan penanaman kelapa sawit.

Advertisement

Menurut kiriman di laman media sosial itu, dikepilkan bersama dokumen dipercayai suatu jemputan bagi mesyuarat ‘Terms of Reference Adequacy Check (TORAC) bagi bidang rujukan Terms of Reference (TOR) For The Proposed Logging And Oil Plantation.

Cadangan pemajuan itu di kawasan melibatkan Lot PTD 218 seluas 2,245.3 hektar di Mukim Tenggaroh Daerah Mersing oleh syarikat Nadi Mesra Sdn. Bhd.

Mesyuarat itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Cempaka, Jabatan Alam Sekitar di Wisma Sumber Asli, Putrajaya pada hari Khamis, 1 Oktober ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top