BM | EN | 中文

Kerajaan Johor diminta bentang pelan pemulihan alam sekitar

Rozita-Abdul.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 OKT: Kerajaan Johor diminta agar membentangkan kepada umum pelan perancangan alam sekitar bagi jangka masa panjang.

Pengarah Biro Alam Sekitar Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Rozita Abdul berkata pelan tersebut penting bagi menjadi asas kesedaran umum tahap pemuliharaan alam sekitar di negeri ini.

Katanya, terdapat beberapa risiko kesan alam sekitar yang baru-baru ini menjadi persoalan umum.

Advertisement

“Terdapat kuari di negeri ini yang didapati mengubah ekosistem alam sekitar sehingga menyebabkan hasil hutan, sungai dan alam lainnya berubah.

“Kesannya dapat dikenal pasti apabila terdapat kes-kes yang melibatkan gangguan haiwan liar terhadap manusia di kawasan-kawasan yang terbabit.

“Pelan jangka masa pendek dan panjang ini penting bagi memastikan asas dari pemuliharaan ini dapat dijalankan serta menjadi kesedaran masyarakat berkenaan hal tersebut,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, kerajaan Johor hari ini seperti tidak mengendahkan isu berkenaan yang kerapkali berbangkit.

“Apa yang berlaku di Kota Tinggi khususnya isu gajah liar mengganggu orang awam seolah-olah dibiarkan tanpa memberi tahu kepada umum apa sebenarnya yang berlaku di hutan berdekatan sehingga mamalia tersebut keluar.

“Dalam keadaan lain, tidak ada sebarang pembentangan pemuliharaan sungai yang khusus terutamanya yang menjadi sumber air mentah di negeri ini.

Advertisement

“Pendidikan pemuliharaan alam sekitar perlu diusahakan bagi membentuk masyarakat yang sedar,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top