BM | EN | 中文

Kerajaan Johor dilihat tiada komitmen selesai isu pencemaran

Rozita-Abdul.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 SEPT: Kerajaan Johor dilihat tidak menunjukkan komitmen dalam proses pemuliharaan alam sekitar negeri ini, kata Pengerusi Alam Sekitar dan Kelestarian (ASK) Johor, Rozita Abdul.

Kata Rozita, kejadian yang berlaku di Seelong, Johor Bahru baru-baru ini menyebabkan banyak pihak membuka mata tentang perlunya tahap kesungguhan dalam menangani isu pencemaran alam sekitar.

Rozita mendakwa perancangan dan pemulihan alam sekitar selama ini yang dicadangkan ASK tidak langsung diperhatikan oleh kerajaan malah ia dipandang sepi.

Advertisement

“Kita sudah berulang kali menegaskan kepada kerajaan agar memandang serius perkara ini namun kerajaan terus memandang sepi.

“Apa yang berlaku di Seelong ini boleh dianggap sebagai suatu bom jangka akibat dari pemantauan yang lemah dalam merancang jangka masa pendek atau panjang berkenaan alam sekitar.

“Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan penduduk tempatan yang terpaksa menanggung risiko dari kelemahan pemantauan ini.

Advertisement

“Saya berharap tindakan tegas perlu dikenakan kepada mereka yang melakukan kerosakan alam sekitar tersebut,” katanya ketika dihubungi Johorkini.

Katanya, ASK, biro alam sekitar Parti Amanah Negara (AMANAH) selama ini telah menegur kerajaan untuk terus bersedia dengan pelbagai kemungkinan berkenaan dengan pencemaran alam sekitar.

Dalam insiden di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, dua penduduk pengsan, selepas terhidu bau busuk disyaki bahan kimia dari sungai berhampiran kampung itu.

Advertisement

Kedua wanita, masing-masing berusia 20 serta 40 tahun itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Sehubungan itu, arahan pengosongan kampung itu dibuat dengan 102 penduduk kampung terpaksa dipindahkan sementara ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top