BM | EN | 中文

Kerajaan Johor dijangka tumbang apabila DUN dibuka

Dzulkefly-ahmad-1-e1575508690779.jpeg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 30 MAC: Pengumuman dalam ucapan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di Perhimpunan Agung Umno (PAU 2020) Ahad lalu jelas menggambarkan bahawa kerajaan Johor bakal rebah sekiranya sidang Dewan Negeri (DUN) dibuka kembali.

Pandangan itu disuarakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dzulkefly Ahmad yang menjangkakan pertembungan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Umno di Johor.

Ujarnya lagi, dengan pengumuman Hasni berkaitan dengan kerusi parlimen Pagoh yang akan ditandingi oleh Umno jelas memberi bayangan keretakan yang berlaku dalam gabungan kerajaan di negeri ini.

Advertisement

“Ini suatu situasi yang genting apabila ugutan MB Johor secara jelas mengisytiharkan untuk bertanding di Pagoh membuka ruang untuk perpecahan berlaku dalam kerajaan negeri.

“Hasni kena ingat, kerajaan Johor yang bermajoritikan hanya satu kerusi ini terlalu rapuh.

“Sekiranya Adun Bukit Gambir iaitu Tan Sri Muhyiddin sendiri sebagai Adun dan beberapa lagi Adun Bersatu memboikot Hasni, maka kerajaan Johor akan runtuh.

Advertisement

“Ini suatu semangat yang tidak baik bagi kestabilan politik di negeri ini. Saya jangkakan sekiranya sidang DUN dibuka maka akan ada penolakan berlaku terhadap kepimpinan Hasni di Johor,” ujarnya ketika dihubungi.

Dzulkefly juga tidak menafikan sekiranya berlaku kejatuhan kerajaan tersebut ia sekali lagi memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memerintah semula di negeri ini.

Dalam jangkaannya, PH di Johor sebelum ini masih membuka pintu untuk sesiapa sahaja menjalinkan kerjasama dengan mereka bagi memastikan kestabilan politik berlaku.

Advertisement

Tambahnya kerajaan Johor sukar berada dalam keadaan yang baik susulan situasi cantas-mencantas antara Bersatu dan Umno selepas kenyataan Hasni, Ahad lalu.

“Ia boleh jadi peluang… Atau boleh jadi suatu cabaran baru kepada Adun di negeri ini.

“Kerana ini adalah rekod pertama kali kerajaan negeri yang paling tidak stabil dalam sejarah,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top