BM | EN | 中文

Kerajaan Johor diharap banci penerima bantuan hilang pendapatan, pekerjaan – JIPTA

JIPTA-Jipta-persatuan-Penjaja-dan-Peniaga-Kecil-India-Johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JUN: Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India Johor (JIPTA) berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan untuk membuat bancian penerima bantuan RM500 yang melibatkan 10,000 individu kehilangan pendapatan atau pekerjaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang diumumkan semalam.

Menurut JIPTA, Iangkah itu perlu dilaksanakan kerana pihaknya yakin jumlah penerima yang terkesan itu melebihi sasaran.

“Golongan yang kehilangan pekerjaan yang dianggarkan adalah seramai 10,000 tetapi jumlah yang disasarkan amat meragukan dan kami yakin jumlah tersebut mestilah melebihi daripada jumlah tersebut.

Advertisement

“Justeru itu, kami memohon agar kerajaan dapat membuat bancian yang sewajamya,” katanya.

Terdahulu, JIPTA dilaporkan Bernama turut berharap agar kerajaan Johor dapat rnempertimbangkan untuk memberi bantuan kepada kuil dan juga gereja.

JIPTA bagaimanapun akur kerajaan negeri tidak dapat memenuhi kesemua kehendak masyarakat pada masa ini.

Advertisement

Hasni semalam mengumumkan kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM241 juta dalam usaha kerajaan negeri untuk membantu golongan terkesan pandemik COVID-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top